MYEG Terbaik!

Saya telah beberapa kali melanggan perkhidmatan dari MYEG. Tahun 2012 saya renew insurans dan juga renew roadtax untuk 2 buah kereta. Perkhidmatan yang amat pantas, dan juga customer service yang terbaik. Cover note dan roadtax saya perolehi kalau tak silap tak lebih dari 2 hari.

Sebenarnya ada sedikit masalah semasa pembayaran ketika itu, bayaran saya tersangkut. Duit dah keluar tapi MYEG tak confirm terima. Tapi oleh kerana customer service sangat terlatih dan tahu apa masalah yang berlaku, saya tak rasa risau langsung. Email yang dihantar segera dijawab, walaupun rasanya masa tu hujung minggu.

Hari ni saya buat lagi transaction renewal untuk insuran dan roadtax kereta Pak Mertua pulak. Customer service masih terbaik seperti yang saya pernah lalui tahun lepas. Bayaran saya untuk insurans dan roadtax kedua-duanya tersangkut, puncanya sebab popup windows tapi browser cepat-cepat close. Jadi sangkutlah. Tapi yang saya nak puji adalah bantuan dari customer mereka cukup laju. Selepas komplen, tindakan diambil dan saya terus boleh proceed untuk next transaction. Tak lama selepas itu customer service call dan inform segalanya dah selesai dan roadtax akan dihantar segera. Wow…saya mengimpikan customer service setiap service provider di Malaysia untuk ikut jejak langkah MYEG.

Tahniah, saya akan melanggan lagi di masa hadapan dan menyebarkan nilai baik yang anda ada.

Cuma kalau boleh, selesaikan masalah bayaran sangkut tu…mesti ada cara yang lebih baik.

Lawati MYEG di sini.
Good job!

One Comments

Leave a Reply