Nama Bayi Islam (Nama-nama Mulia)

Sebenarnya saya telah menyiapkan laman Nama Bayi Islam ini beberapa bulan yang lepas. Oleh kerana kesibukan yang berpanjangan, maka tidak berkesempatan pula untuk menulis barang sedikit mengenainya. Malam ini saya agak lapang dan teringat tentang laman ini yang agak tersorok dari pengetahuan umum. Harapnya PR dari blog dapat membantu sedikit sebanyak carian tentang nama bayi Islam berkenaan.

Apa kelainan yang saya timbulkan dalam laman Nama Bayi Islam ini? Kita kerap menemui laman-laman nama bayi Islam dan perkara ini memang bagus, cuma bagi saya, kekurangannya adalah dalam bab mencari. Maknanya sekiranya saya suka nama anak perempuan saya ada kaitan dengan keindahan, ada kaitan dengan solehah, berbudi dan sebagainya, bagaimana caranya saya mendapatkan nama yang sebegitu?

Kebiasaannya kita hanya dihidangkan dengan senarai nama, dan senarai maksud. Tetapi di laman Nama Bayi Islam yang telah saya siapkan ini, terdapat satu fungsi carian yang membenarkan pelawat mencari nama bayi mereka berdasarkan makna yang diingini. Contohnya, sekiranya inginkan nama berkaitan kecantikan dan keimanan, maka apa yang perlu saya buat ialah memasukkan kata carian cantik,iman ke dalam kota carian. Senarai nama yang berkaitan akan dipamerkan dengan segera.

Tak cuba tak tahu, silakan ke Nama Bayi Islam.

Comments

  1. By shahrul

  2. By PakciQue

  3. By mazuin normaizura

  4. By riana

  5. By fakhzan

  6. By Wan Norhasliza

  7. By nazrin

  8. By ct

  9. By wawa

  10. By ismail

  11. By zara amelia

  12. By zara amelia

  13. By fieza

  14. By fieza

  15. By mariam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *