Nogold Superstar – Berkaraoke & Menang Wang Tunai

Salinan iklan dari web asal:

nogold-superstar

Hadiah utama RM10k tu… đŸ˜‰

Intro:
NoGold Superstar adalah satu program realiti pencarian bakat terpendam di kalangan ahli-ahli forum. Dalam program ini para peserta menghantar rakaman nyanyian mereka untuk di undi oleh ahli-ahli forum yang lain. Program berjalan selama 6 bulan dari Jun 2009 – November 2009. Setiap bulan, 3 peserta terbaik akan dipilih berdasarkan undi ahli-ahli yang lain. Di hujung program ini, seramai 18 peserta terbaik akan diadili berdasarkan undian dan juga panel pemilihan. 5 peserta terbaik dari kumpulan ini akan berentap di peringkat akhir dalam satu majlis khas. Seramai 3 orang pemenang akan dipilih semasa persembahan di peringkat akhir oleh juri khas.

Objektif:
1. Mencungkil bakat baru dari kalangan ahli-ahli Nogold.com.
2. Menyokong industri muzik tempatan.
3. Menyediakan platform pilihan bagi khususnya bagi ahli Nogold.com.
4. Paling penting, memberikan ‘reward’ kepada ahli-ahli nogold yang menyokong perjalanan forum ini.

Hadiah Utama:

Tempat Pertama – Wang Tunai RM10,000
Tempat Kedua – Wang Tunai RM5,000
Tempat Ketiga – Wang Tunai RM3,000

Hadiah Bulanan:

Tempat Pertama – RM500
Tempat Kedua – RM300
Tempat Ketiga – RM100

Cara penyertaan:

1. Anda merakamkan nyanyian sebuah lagu dan di upload ke YouTube.com. Rakaman ini perlu di namakan seperti berikut:
“Nogold Superstar – Tajuk Lagu by nickname”.

2. URL rakaman tadi di paste di dalam thread yang anda perlu buka dalam forum section “Nogold Superstar” dengan format tajuk seperti berikut:
“Nogold Superstar – Tajuk Lagu by nickname”.

3. Pihak penganjur akan membuat reply pertama di thread berkenaan dengan satu URL khas untuk undian oleh ahli lain. Reply ini menandakan anda penyertaan anda telah diterima masuk ke dalam peringkat awal pertandingan.

Syarat-syarat program:

1. Penyertaan hanya terbuka kepada ahli-ahli forum Nogold.com sahaja. Sekiranya anda bukan ahli, anda boleh mendaftar sebagai ahli forum
nogold.com secara PERCUMA.

2. Penyertaan dalam program ini adalah PERCUMA.

3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan yang akan layak memenangi peringkat bulanan.

4. Setiap peserta hanya boleh memenangi peringkat bulanan sebanyak sekali.

5. Hanya lagu berbahasa Melayu/Inggeris sahaja yang diterima.

6. Peserta hanya boleh menghantar rakaman nyanyian sendiri.

7. Rakaman perlu memperdengarkan suara dan memperlihatkan wajah peserta dengan jelas.

8. Hanya persembahan solo diterima.

9. Setiap bulan, 3 rakaman terbaik akan dipilih 100% berdasarkan undian ahli-ahli forum yang lain. Undian akan dijalankan dari satu URL khas untuk rakaman berkenaan. Setiap undian bernilai NG$1,000 (bagi undian biasa) dan NG$10,000 (bagi undian diri sendiri) yang akan dipotong dari akaun pengundi. Peserta boleh mengundi rakaman sendiri.

10. Dari 18 pemenang bulanan, 5 peserta terbaik akan dilih untuk ke peringkat akhir berdasarkan 50%dari undian, 50% lagi dari penilaian juri yang disediakan oleh penganjur.

11. 5 peserta di peringkat akhir akan membuat persembahan secara “live”. Hanya 3 pemenang dipilih diperingkat akhir berdasarkan 100% pemarkahan panel juri khas yang disediakan oleh pihak penganjur.

12. Peserta boleh memilih lagu sendiri.

13. Sebarang keputusan yang dibuat oleh penganjur dalam program ini adalah muktamad.

14. Penganjur berhak menggunakan rakaman, visual, audio atau gambar pemenang untuk tujuan promosi.

Promosi:

Ahli-ahli lain boleh turut sama menyumbang kepada kejayaan program ini dengan mewar-warkan tentang NoGold Superstar kepada saudara-mara atau rakan-rakan yang anda fikir berminat untuk menyertai program realiti ini. Penganjur menawarkan hadiah wang tunai RM1000, RM500 atau RM300 kepada mana-mana ahli yang membawa masuk 3 pemenang di peringkat akhir.

Ahli-ahli forum juga diminta untuk mengundi rakaman terbaik peserta diperingkat awal setiap bulan. Setiap undian kepada 3 pemenang bulanan akan memberikan anda satu tiket untuk cabutan bertuah yang menawarkan 10 hadiah misteri.

Leave a Reply