Menu Home

Pandangan mazhab tentang anjing

Terdapat perbezaan di kalangan imam-imam mazhab berkenaan kenajisan anjing. Sebelum itu, adalah baik untuk kita perhatikan hadis-hadis dan ayat Quran berkenaan anjing.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan supaya membunuh anjing kecuali anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga kambing atau menjaga hewan ternak.”
(HR. Muslim no. 1571)

“Barangsiapa memelihara anjing selain anjing untuk berburu atau anjing untuk menjaga binatang ternak, maka pahalanya akan berkurang dua qirath setiap harinya.”
(HR. Al-Bukhari no. 5059 dan Muslim no. 2940)

“Dari Ibnu Umar, berkata: Adalah anjing-anjing kencing, datang dan pergi dalam masjid di zaman Nabi saw tetapi sahabat-sahabat tidak menyiram sedikitpun dari yang demikian itu. (HR Al-Bukhariy)

“Dari Adi bin Hatim, ia berkata : saya bertanya kepada Nabi saw mengenai anjing-anjing yang saya pakai untuk berburu. Beliau menjawab : Apabila kamu melepaskan anjing berburumu sambil menyebut nama Allah, lalu dia mendapatkan buruan, maka makanlah. (HR Al-Bukhariy)”

“Sucinya bekas/bejana kalian apabila dijilat anjing, adalah dengan dibasuh sebanyak tujuh kali, basuhan pertama dengan debu.” (HR. Muslim, no. 279)

“Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di kala lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda, “Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu itu tidak najis.” (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny )”

“They ask you, [O Prophet Muhammad], what has been made lawful for them. Say, “Lawful for you are [all] good foods and [game caught by] what you have trained of hunting animals which you train as Allah has taught you. So eat of what they catch for you, and mention the name of Allah upon it, and fear Allah.” Indeed, Allah is swift in account.” Al-Maidah 4

———–

Pandangan mazhab Shafie – anjing adalah najis mughallazah yang mana wajib mensucikan dengan 7 kali siraman air, yang pertama bercampur tanah

Pandangan mazhab Maliki & Hanafi – tidak najis kecuali air liurnya yang najis

Walaubagaimanapun terdapat pandangan dari ulama Maliki dan Shafie yang mengatakan tidak najis air liur anjing perburuan dan tidak perlu disamak.

Bacaan 1
Bacaan 2
Bacaan 3
Bacaan 4

Categories: General

Basri MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *