Public Bank Visa Electron Terima Paypal

Setelah meneliti beberapa pilihan yang ada, saya telah memohon kemudahan kad debit dari Public Bank dan Maybank. Kad debit dari Maybank agak mudah untuk diperolehi, siap dalam hari yang sama permohonan dibuat. Manakala kad debit dari Public Bank mengambil masa yang agak lama untuk diperolehi. Saya membuat permohonan secara online dan menerima kad debit berkenaan kira-kira dalam masa 2 bulan!

Secara kasar, beginilah perbandingan yang dapat saya buat antara kad debit Maybank dan Public Bank.

1) Fee

Public Bank mengenakan yuran tahunan sebanyak RM24. Pengeluaran di ATM lain dikenakan caj RM10 jika berjaya, RM2 jika tidak. Hilang kad RM10. 1.25% untuk tukaran wang asing. Permohonan resit transaksi RM15, permohonan penyata bulanan RM5. Semakan baki RM2 di lain-lain ATM.

Maybank pula tidak mengenakan sebaran yuran tahunan, tetapi caj penukaran kad sebanyak RM12. Kad hilang RM12. Pengeluaran ATM Maybank sebanyak RM0.50 untuk kali yang ke-5 dan seterusnya, manakala mana-mana pengeluaran di ATM lain sebanyak RM1.

Secara keseluruhan kos untuk memiliki Public Bank debit card agak tinggi.

2) Proses Kad

Public Bank agak lambat dalam memproses permohonan manakala Maybank boleh memberikan khidmat ini dalam hari yang sama.

3) Operasi

Public Bank membenarkan penggunaan debit card ini di mana saja logo Visa tertera, termasuk melalui laman web. Ia juga boleh di sambung kepada akaun Paypal dan dapat juga menerima dana dari Paypal untuk di withdraw di ATM tempatan.

Manakala Maybank juga membenarkan transaksi di mana tertera logo Mastercard, kecuali di laman web. Saya pernah cuba tetapi gagal. Untuk lokasi lain seperti shopping kompleks dan stesen minyak tidak ada masalah.

4) Earnings

Public Bank memberi rebate 0.5% bagi setiap RM1 yang dibelanjakan. Maybank memberikan 1 point bagi setiap RM3. Public Bank juga memberikan keuntungan setiap bulan bagi jumlah dana yang terkumpul dan tidak ditawarkan oleh Maybank.

Pendapat peribadi saya:

Sekiranya anda tidak memerlukan transaksi internet, cukuplah dengan hanya menggunakan kad debit dari Maybank kerana ia agak murah dan mudah diperolehi. Tetapi sekiranya anda memerlukan transaksi internet, kad debit dari Public Bank adalah lebih tepat.

2 Comments

  • adrin

    April 30, 2009

    Saudara Basri,

    Klu kita swipe PB Visa kita kat mana2 stesen minyak tetapi bukn swipe kat kounter dalam.. mcm mna caj dia ek..? sbb visa debit card spt Maybank dan Al-Rajhi dia akan kenakan caj sementara sbnyk rm200 klu kita swipe kat mesin slot kad kredit yg ada kat luar tu.. lepas 3 ari bru depositkn smula caj tu dlm akaun kita..

  • Basri MY

    May 5, 2009

    Adrin,
    Saya rasa caj advance RM200 itu ialah cara biasa yang digunakan oleh mana-mana debit/credit card bagi memastikan kad berkenaan masih ada baki debit/credit yang mencukupi setiap kali pengguna mengisi minyak. Saya melihat benda ni sebagai ‘cagaran’ kepada bank. Yakni kalau RM200 itu tidak berjaya dicaj, maka kad akan decline.

Leave a Reply