Rajah sambungan UniFi ke rumah

Saya dah 3 bulan menggunakan UniFi. Di Pantai Timur ni UniFi coverage lambat sampai berbanding di KV, jadi akhirnya dapat saya merasa guna UniFi di rumah. Sebelum ada UniFi saya tak berapa kisah sangat apa sambungan dan equipment yang terlibat. Tetapi beberapa hari lepas ada seorang kenalan minta info bagaimana sambungan UniFi dari tiang dibuat sampai ke rumah dia. Info ni penting untuk beliau sediakan laluan atau trunking bagi fiber cable yang terlibat.

Jadi saya beri je lakaran seperti di bawah (yang saya download dari internet dan ubah serba sedikit). Kawan saya ni tak minat nak buat networking dalam rumah, jadi dia cuma nak tahu basic sahaja. Mungkin turut berguna untuk anda, saya share di sini.

unifi-setup2

Sebenarnya senang saja. Dari tiang, ke fiber termination box, ke fiber wall socket, ke broadband termination unit, ke residential gateway kemudian baru pecah ke STB (TV) atau devices lain.

Leave a Reply