Selesai raya, apa yang tinggal?

Jika anda adalah pemandu dari negeri pantai timur menghala ke KL, anda faham apa makna nya kesesakan jalan raya di musim perayaan. Khabarnya pengguna jalan raya di lebuhraya Karak terpaksa beratur 10Km. Jauh tu!

Tapi saya lebih bernasib baik kerana memilih untuk ke KL melalui Gua Musang-Cameron Highlands-Simpang Pulai. Walaupun jalan Simpang Pulai-CH tidak seindah yang diimaginasikan dan baby menangis sepanjang jalan berkenaan, saya tetap rasa bersyukur kerana memilih laluan berkenaan. Laluan 2 lane di highway PLUS nampaknya tak cukup untuk menampung traffic, jadi ada yang terpaksa mencuri-curi memotong di laluan kecemasan.

Kebanyakan paper hari ini melaporkan beberapa kemalangan yang berlaku sepanjang raya. Sedih kerana ada kanak-kanak jadi yatim piatu, tetapi lebih sedih kerana kemalangan berlaku atas sebab memandu laju!

Dear fellow Malaysians, if you like the content of this blog and thinking about to support me to continue writing good content, please consider to sign up for Takaful service from me. I am offering life & accidental coverage plans and medical card too. Kindly message me using the PM box on the sidebar (under profile picture). Thanks ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *