Menu Home

Sim card percuma – Mobile Unifi

Sekiranya anda belum mendapatkan 5 sim card percuma dari Mobile Unifi, masanya untuk berbuat demikian sekarang kerana dikatakan pengecualian RM10 untuk permohonan baru hanya sah hingga 1 juta sim card pertama sahaja.

Setakat semakan saya pagi tadi pada hari ini 26 Jan 2018, telah terdapat 10k download aplikasi mobile@unifi. Aplikasi ini perlu di install di handphone anda sebelum permohonan sim card boleh dibuat. Sekiranya purata seorang pengguna memohon 3 sim card, telah ada 30,000 sim card yang telah dipohon. Ini bermakna kadar permohonan sim card Mobile Unifi pada kadar 15k sehari sejak dilancar 2 hari lepas. Maka baki 970,000 sim card akan habis di pohon dalam tempoh 2 bulan 5 hari lagi. Saya jangkakan pengecualian RM10 ini akan berakhir sebelum hujung bulan Mac 2018.

Bagaimana cara mendapat sim card percuma dari Mobile Unifi?

1. Download dan pasang aplikasi mobile@unifi dari Goole Play.

2. Tekan I Want To Get A Sim

3. Pastikan anda tanda pembacaan terma dan syarat kemudian click I Want To Start Now.

4. Masukkan nama dan nombor IC.

5. Kemudian pilih berapa banyak sim card diperlukan. Maksimum 5. Anda boleh pilih 1 dan tambah kemudian.

6. Confirm dan pilih self pickup dari TMPoint terdekat.

Selamat mencuba.

Categories: General

Basri MY

7 replies

  1. Semasa kita daftar dekat apps tu, kita ada meletakkan no. telefon kita, adakah dia akan mendaftar kan no. itu atau kita akan dapat no. telefon baru?

  2. Saya tak dapat nak daftar no unifi mobile di appl mobile@unifi. kod verifikasi dihantar ke no telefon yg baru tp tiada mesej yg masuk utk kod vetifikasi tu. Mohon bantuan supaya sy dpt daftar utk kemudahan semakan baki dan lain².T.kasih

    1. Setahu saya sebaik saja sim card baru dimasukkan ia akan terus aktif. Jika tuan gunakan phone dengan 2 sim card, pastikan slot simcard kedua dalam keadaan aktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *