Menu Home

Sindiket pakej murah Astro ditahan

Harian Metro hari ini melaporkan beberapa suspek sindiket penjualan pakej haram Astro ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Dikatakan langganan pakej haram ini mencecah 30,000 ahli dan Astro telah kerugian berjuta-juta ringgit.

Tahanan sedang disiasat mengikut akta hak cipta.

Pada saya yang salah tetap salah. Menjual pakej haram seperti ini sudah tentu menyalahi undang-undang negara. Komentar dalam FB rata-rata mempersoalkan tindakan polis menahan suspek dan kenapa tindakan sama tidak diambil kepada Astro yang dikatakan ‘menipu’ pelanggan dengan iklan dan cerita berulang.

Mudah. Astro tak buat jenayah, tetapi menjual pakej haram sudah tentu satu jenayah. Bukanlah bermaksud nak backup Astro, saya sendiri dah potong Astro beberapa tahun lalu. Kita ada pilihan.

Bagi yang belum tahu, anda tentu berminat nak gunakan Kodi yang mana boleh dipasang dengan mudah pada Android Box dan tiada langganan bulanan. Terdapat banyak content percuma, cuma kena rajin untuk explore.

ps: Tangkapan di atas ada kaitan dengan MyIptv, HDTV atau Hut88 ke?

Categories: General

Basri MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *