Solat jamak & qasar, mengikut orang yang bermukim atau bermusafir

Sebelum ini saya ada terbaca tentang tidak dibenarkan seseorang yang bermukim untuk menjadi makmum kepada seorang musafir yang menjamakkan dan mengqasarjkan solat nya. Tapi saya tidak berapa jelas. Hinggalah beberapa hari lepas, saya melihat seorang musafir sedang ambil air sembahyang dan masuk ke surau. Diikuti oleh seorang teman saya yang bermukim, berwuduk dan masuk ke surau (bilik wuduk kecil, muat seorang shj). Selepas itu saya ambil giliran wuduk dan masuk ke surau. Keduanya seolah-olah sedang menunggu saya. Jadi saya masuk jemaah sebaris dengan teman yang bermukim dan berimam kepada si musafir. Sangkaan saya beliau akan solat zohor 4 rakaat. Takbiratul ihram, dan terus bersolat. Rupanya imam hanya berhenti setakat 2 rakaat, dan saya berdua meneruskan solat zohor pada rakaat 3 dan 4. Imam mengambil tempat di belakang dan saya mengagak beliau melakukan 2 rakaat solat asar qasar.

Rasa was-was, tapi saya hanya mengikut.

Hari ini saya buat carian di internet, rupanya memang benar, tidak dibenarkan mereka yang bermukim untuk mengikut solat meraka yang menjamak dan mengqasarkan solat.

Contoh di sini.

Dari sudut yang lain, adakah dibenarkan seseorang musafir yang ingin menjamak dan mengqasarkan solatnya mengikut imam yang bermukim dan bersolat penuh? Carian di internet, saya dapati seperti berikut:

1. Boleh mengikut imam yang bersolat penuh, kemudian selesai solat itu, lantas meneruskan solat yang satu lagi.

2. Boleh ikut imam yang bermukim, tetapi jika hanya mendapat 1 rakaat atau kurang, tidak perlu bersolat penuh. Contoh jika menjadi makmum pada rakaat keempat solat zohor, maka bersolatlah zohor 2 rakaat sahaja, dan diteruskan dengan solat asar 2 rakaat selepas itu.

Contoh di sini.

Leave a Reply