Solat masbuk: bila dan bagaimana nak masuk sertai imam?

zaahara_blog_solat_image

Solat makmum yang masuk/masbuq adalah solat berjemaah di mana makmum berkenaan terlewat 1 rakaat atau lebih untuk menyertai imam. Jadi kita dah tahu jika menyertai imam semasa imam membaca Al-Fatihah, surah pendek atau sebelum bangkit dari rukuk, maka rakaat itu dikira rakaat pertama makmum. Jika menyertai selepas rukuk, maka rakaat pertamanya adalah rakaat yang terkemudian iaitu rakaat baru.

Tetapi terdapat 2 persoalan yang bermain di fikiran saya hari ini, seperti berikut:-

1. Ketika imam sedang sujud, adakah makmum masbuk perlu menunggu sehingga imam berdiri, setelah itu bertakbiratul ihram untuk menyertainya?

2. Ketika imam sedang sujud, adakah makmum masbuk terus bertakbiratulihram tetapi mengekalkan posisi berdiri sehingga imam bangkit dari sujud?

Saya buat carian Google. Maaflah saya memang suka buat carian Google kerana ia pantas memberikan maklumat yang dikehendaki, sesetengah orang sika menyindir orang yang buat carian Google kerana dikatakan tak mahu merujuk kitab tapi merujuk Google. Sebenarnya saya mencari maklumat dari orang yang telah merujuk kitab/hadis/sumber sebenar tetapi di sharekan melalui internet. Ok berbalik kepada perkara #1 dan #2 di atas. Hasil penelitian, saya mendapati kedua-duanya tidak tepat. Yang sebaiknya, hendaklah terus menyertai imam dan melakukan gerakan rukun seperti yang sedang dilakukan oleh imam.

Contoh, jika imam sedang bersujud atau duduk antara dua sujud. Makmum yang lambat sampai lantas bertakbiratulihram, lantas menyebut Allahuakbar dan lantas menyertai imam untuk bersujud. Begitulah.

Web rujukan:

http://bacaansholat5waktu.blogspot.my/2013/04/tata-cara-sholat-makmum-masbuq-terlambat.html
http://yayasan-ilmu.blogspot.my/2011/02/solat-terlewat-nak-berjemaahmasuk.html
http://oaseislam.com/pengertian-dan-tata-cara-sholat-makmum-masbuq/

Ampun dan maaf jika ada silap, mohon perbetulkan. Saya sedang belajar.

Leave a Reply