Menu Home

Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) – apa pendapat anda?

Saya baru balik dari perjumpaan bersama beberapa orang promoter SGIVC di Swiss Garden Kuantan. Ini adalah hari yang sangat bersejarah kerana terbukanya hati saya untuk menghadiri sesi promosi ini. Kumpulan promoter ini telah berpuluh kali (ya sungguh… berpuluh kali) menghubungi saya sebelum ini tetapi tidak pernah saya endahkan. Sehinggalah dihubungi oleh seorang promoter minggu lepas namanya Mira. Sebenarnya bukanlah kerana Mira, tetapi kebetulan saya sedang terfikir nak bawa ke mana anak-anak jalan-jalan hujung minggu, alang-alang nak pantai..so kira jadi sajalah hari Ahad pukul 5.00pm. Lagipun kata Mira, dia nak berikan saya voucher percuma penginapan di Swiss Garden KL, Kuantan atau Lumut. OK good deal, bawa jalan anak-anak ke pantai dan dapat voucher percuma. Why not. Cuma ‘harga’ yang perlu dibayar ialah meluangkan masa selama 45 minit untuk mendengar promosi terkini mereka. Saya agak dapat menduga jenis promosi apa yang akan dijalankan, jadi saya berterus-terang sahaja dengan Mira bahawa saya tidak akan membuat sebarang pembelian ataupun pembayaran. Setuju.

Selepas seminggu, phone berdering dan panggilan dari Mira mengingatkan temunjanji esok. Keesokannya, ada panggilan lagi kali ini dari orang lain namanya Fiza, mengingatkan tentang temujanji petang ini. Saya tetap saja mengingatkan mereka untuk tidak mengharapkan saya membayar apa-apa, kerana saya ke sana untuk tujuan mengambil voucher percuma itu sahaja. Setuju.

Jadi saya telah hadir, dijemput oleh Fiza di lobi hotel. Dibawa ke satu bilik perbincangan dilengkapi beberapa meja bulat. Beberapa meja telah sedia dipenuhi oleh keluarga lain, masing-masing dengan promoter yang sibuk menerangkan tentang sesuatu. Fiza membawa saya dan keluarga ke satu meja kosong, diminta mengisi borang pengeluaran voucher. Apa yang menarik, saya perlu mengisi lebih kurang 7 nama rakan-rakan berserta nombor telefon mereka dalam borang ini. Saya kira inilah tukarannya. Voucher ini tidak percuma, ia ditukar dengan masa promosi selama 45 minit dan 7 nama prospek baru. OKlah, sekurangnya saya tidak perlu bayar apa-apa.

Seterusnya saya diberi penerangan oleh seorang promoter lain bernama Kak Nor. Sopan dan berpengalaman orangnya. Secara dasarnya SGIVC ini menjual keahlian yang mana ahli boleh melancong ke serata dunia dengan penginapan percuma di hotel-hotel yang disenaraikan. Jumlah hari adalah 7 atau 14 hari setahun, bergantung kepada pemilihan pakej dan jumlah bilik dalam sehari. Saya mendengar dan menjawab dengan sabar, sebab Kak Nor menerangkan tentang benefit dan sebagainya, tetapi tidak menerangkan tentang persoalan paling besar yang saya nak tahu iaitu harga pakej. Sepanjang perbualan, saya ada bertanya sekali tentang harga tapi Kak Nor ini orang yang berpengalaman, jadi dia tak jawab secara langsung sebaliknya berpusing-pusing pada perkara lain. Ini adalah satu teknik penjualan, melambatkan info tentang harga sehingga pelanggan meron-ronta nak tahu harganya. Masa itulah yang terbaik untuk push dan close sales. Tapi Kak Nor tak tahu, saya dah 14 tahun dalam bidang jualan (bukan riak!), sedikit sebanyak teknik-teknik ni saya dapat hidu. Jadi saya biar sahaja Kak Nor dengan ceritanya, sehinggalah dia sendiri yang bertanya jika saya berminat nak tahu tentang harga. Dan akhir sekali Kak Nor minta IC saya untuk dia keluarkan voucher seperti yang dijanjikan. Sehingga voucher dikeluarkan, harga pakej masih juga tidak dibincangkan dan Kak Nor bertanya adakah saya masih berminat nak tahu tentang harga. Sudah tentu, alang-alang saya ke sini biarlah saya dapat maklumat penuh.

Datang pula promoter yang lain (maaf tak ingat nama) bercerita tentang harga. Ringkasannya begini:

Pakej Gold
Harga: RM28,000
Diskaun: RM8,000
Bersih: RM20,000
Deposit: RM2,000
Balance: RM18,000 di bayar secara ansuran selama 4 tahun iaitu RM375 sebulan.

Jika deposit hanya RM2,000 hari ini perlu ambil masa selama 1 tahun sebelum boleh gunakan facility di luar negara. Jika deposit RM6,000 boleh terus guna membership di luar negara.

Jika pakej Gold agak mahal, ada pakej yang lebih murah iaitu:

Pakej Starter
Harga: RM20,000
Diskaun: RM10,000
Bersih: RM10,000
Deposit: RM1,000
Balance: RM9,000 di bayar ansuran selama 48 bulan iaitu RM187.50 sebulan.

Beza di antara kedua pakej ini ialah untuk pakej starter, anda cuma boleh bercuti selang 2 tahun.

Sampai di sini, saya berterus terang kepada promoter saya tidak nampak sebarang value untuk saya bersetuju dengan keahlian yang ditawarkan. Mungkin saya tidak memerlukannya buat masa sekarang.

Tadi saya telah melakukan carian Google berkenaan SGIVC, dan berikut perbincangan laman web lain yang mungkin anda berminat untuk tahu:-

http://dinainul.blogspot.com/2009/07/sgivc-swiss-garden-international.html
http://sossgivc.blogspot.com/
http://myvacationclub.blogspot.com/2008/05/swiss-garden-vacation-club.html
http://untuqsemua.blogspot.com/2012/11/pengalaman-telemarketing-bersama-swiss.html
https://www.facebook.com/pages/Victim-of-Swiss-Garden-International-Vacation-Club-Malaysia-SGIVC/351053848267229

Saya tidak ada sebarang komen negatif atau positif berkenaan perkara ini, perkongsian info ini hanyalah sekadar pengalaman persendirian.

Categories: General

Basri MY

54 replies

  1. Assalamualaikum dan selamat petang,
    Isteri saya dah masuk dan bayar deposit rm2k bulan 7 tahun lepas. 1st installment September 2016. Pakej Gold. Bulanan rm402.80. Bayar selama 4 tahun. Masa dia promo tu kita cuma fikir bagusla sebab dalam 30 tahun tu boleh lagi dapat harga murah. Tapi bila fikir balik saya sekeluarga memang pun suka pergi hotel yang best cuma bila kena book sampai 6 bulan hingga 1 tahun untuk pastikan dapat tu jadi memikir panjang la. Kami pulak tak suka macam kita pula kena ikut masa sgi bukan dia kena ikut plan bercuti kita. Tuan dan puan rasa kami patut jual tak? Ada cara untuk cancel kan tak? Sebab kami rasa tak seronok macam tu.
    Tapi mungkin la macam ada komen yang sebelum ni ada yang bersetuju dan tak ada masalah untuk book lebih awal.
    Hubungi saya amin.reen@gmail.com kalau ada yang berminat dan beli daripada kami. Harga boleh runding. InsyaAllah. Terima kasih.

  2. tak silap saya jika Tuan bari beberapa hari join, masih ada masa bertenang iaitu masa untuk pilih samada cancel dan dapat refund atau terus kekal bersama club. Tuan boleh rujuk club sendiri atau rujuk tribunal tuntutan pengguna.

  3. alamak sy baru je join.banyak komen negetive dr positive.. dah bayar 1500.. so haruskah sy bayar bulan2 or terminate terus je…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *