Menu Home

Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) – apa pendapat anda?

Saya baru balik dari perjumpaan bersama beberapa orang promoter SGIVC di Swiss Garden Kuantan. Ini adalah hari yang sangat bersejarah kerana terbukanya hati saya untuk menghadiri sesi promosi ini. Kumpulan promoter ini telah berpuluh kali (ya sungguh… berpuluh kali) menghubungi saya sebelum ini tetapi tidak pernah saya endahkan. Sehinggalah dihubungi oleh seorang promoter minggu lepas namanya Mira. Sebenarnya bukanlah kerana Mira, tetapi kebetulan saya sedang terfikir nak bawa ke mana anak-anak jalan-jalan hujung minggu, alang-alang nak pantai..so kira jadi sajalah hari Ahad pukul 5.00pm. Lagipun kata Mira, dia nak berikan saya voucher percuma penginapan di Swiss Garden KL, Kuantan atau Lumut. OK good deal, bawa jalan anak-anak ke pantai dan dapat voucher percuma. Why not. Cuma ‘harga’ yang perlu dibayar ialah meluangkan masa selama 45 minit untuk mendengar promosi terkini mereka. Saya agak dapat menduga jenis promosi apa yang akan dijalankan, jadi saya berterus-terang sahaja dengan Mira bahawa saya tidak akan membuat sebarang pembelian ataupun pembayaran. Setuju.

Selepas seminggu, phone berdering dan panggilan dari Mira mengingatkan temunjanji esok. Keesokannya, ada panggilan lagi kali ini dari orang lain namanya Fiza, mengingatkan tentang temujanji petang ini. Saya tetap saja mengingatkan mereka untuk tidak mengharapkan saya membayar apa-apa, kerana saya ke sana untuk tujuan mengambil voucher percuma itu sahaja. Setuju.

Jadi saya telah hadir, dijemput oleh Fiza di lobi hotel. Dibawa ke satu bilik perbincangan dilengkapi beberapa meja bulat. Beberapa meja telah sedia dipenuhi oleh keluarga lain, masing-masing dengan promoter yang sibuk menerangkan tentang sesuatu. Fiza membawa saya dan keluarga ke satu meja kosong, diminta mengisi borang pengeluaran voucher. Apa yang menarik, saya perlu mengisi lebih kurang 7 nama rakan-rakan berserta nombor telefon mereka dalam borang ini. Saya kira inilah tukarannya. Voucher ini tidak percuma, ia ditukar dengan masa promosi selama 45 minit dan 7 nama prospek baru. OKlah, sekurangnya saya tidak perlu bayar apa-apa.

Seterusnya saya diberi penerangan oleh seorang promoter lain bernama Kak Nor. Sopan dan berpengalaman orangnya. Secara dasarnya SGIVC ini menjual keahlian yang mana ahli boleh melancong ke serata dunia dengan penginapan percuma di hotel-hotel yang disenaraikan. Jumlah hari adalah 7 atau 14 hari setahun, bergantung kepada pemilihan pakej dan jumlah bilik dalam sehari. Saya mendengar dan menjawab dengan sabar, sebab Kak Nor menerangkan tentang benefit dan sebagainya, tetapi tidak menerangkan tentang persoalan paling besar yang saya nak tahu iaitu harga pakej. Sepanjang perbualan, saya ada bertanya sekali tentang harga tapi Kak Nor ini orang yang berpengalaman, jadi dia tak jawab secara langsung sebaliknya berpusing-pusing pada perkara lain. Ini adalah satu teknik penjualan, melambatkan info tentang harga sehingga pelanggan meron-ronta nak tahu harganya. Masa itulah yang terbaik untuk push dan close sales. Tapi Kak Nor tak tahu, saya dah 14 tahun dalam bidang jualan (bukan riak!), sedikit sebanyak teknik-teknik ni saya dapat hidu. Jadi saya biar sahaja Kak Nor dengan ceritanya, sehinggalah dia sendiri yang bertanya jika saya berminat nak tahu tentang harga. Dan akhir sekali Kak Nor minta IC saya untuk dia keluarkan voucher seperti yang dijanjikan. Sehingga voucher dikeluarkan, harga pakej masih juga tidak dibincangkan dan Kak Nor bertanya adakah saya masih berminat nak tahu tentang harga. Sudah tentu, alang-alang saya ke sini biarlah saya dapat maklumat penuh.

Datang pula promoter yang lain (maaf tak ingat nama) bercerita tentang harga. Ringkasannya begini:

Pakej Gold
Harga: RM28,000
Diskaun: RM8,000
Bersih: RM20,000
Deposit: RM2,000
Balance: RM18,000 di bayar secara ansuran selama 4 tahun iaitu RM375 sebulan.

Jika deposit hanya RM2,000 hari ini perlu ambil masa selama 1 tahun sebelum boleh gunakan facility di luar negara. Jika deposit RM6,000 boleh terus guna membership di luar negara.

Jika pakej Gold agak mahal, ada pakej yang lebih murah iaitu:

Pakej Starter
Harga: RM20,000
Diskaun: RM10,000
Bersih: RM10,000
Deposit: RM1,000
Balance: RM9,000 di bayar ansuran selama 48 bulan iaitu RM187.50 sebulan.

Beza di antara kedua pakej ini ialah untuk pakej starter, anda cuma boleh bercuti selang 2 tahun.

Sampai di sini, saya berterus terang kepada promoter saya tidak nampak sebarang value untuk saya bersetuju dengan keahlian yang ditawarkan. Mungkin saya tidak memerlukannya buat masa sekarang.

Tadi saya telah melakukan carian Google berkenaan SGIVC, dan berikut perbincangan laman web lain yang mungkin anda berminat untuk tahu:-

http://dinainul.blogspot.com/2009/07/sgivc-swiss-garden-international.html
http://sossgivc.blogspot.com/
http://myvacationclub.blogspot.com/2008/05/swiss-garden-vacation-club.html
http://untuqsemua.blogspot.com/2012/11/pengalaman-telemarketing-bersama-swiss.html
https://www.facebook.com/pages/Victim-of-Swiss-Garden-International-Vacation-Club-Malaysia-SGIVC/351053848267229

Saya tidak ada sebarang komen negatif atau positif berkenaan perkara ini, perkongsian info ini hanyalah sekadar pengalaman persendirian.

Categories: General

Basri MY

66 replies

  1. elok terminate melalui pengalaman saya. biar rugi sikit jangan rugi banyak . ini semua penipuan jer . baca klaus dalam contract. mereka boleh terminate ahli kalau tak bayar lagi maintenance fee tahunan.

    TERBARU>
    SAYA PAKEJ PLATIUM SEJAK 2004
    BANYAK ENTITLEMENT YANG TAK DIGUNAKAN.
    TETAP BAYAR ANNUAL MAINTANENCE FEE SETIAP TAHUN
    2016 ni. AKAUN SAYA DIBATALKAN HANYA KERANA LAMBAT BAYAR ANNUAL MAINTAINENCE FEE SELAMA 13 HARI DARI TARIKH AKHIR PEMBAYARAN 30 SEPTEMBER 2017.

    BILA DITANYA SEJAK TUKAR MANAGEMENT BARU MMG COMPANY AKAN TERMINATED JIKA LAMBAT BAYAR.

    MEREKA KATA ADA TERTULIS DALAM AGG> ADA SESIAPA YANG BOLEH BAGI PENCERAHAN ATAU YANG TERKENA SAMA SEPERTI SAYA?

    SAYA RASA SANGAT UNFAIR. KITA BUKAN BAYAR SERIBU DUA. KITA BAYAR PULUH RIBU. YANG RAMAI KENA TIPU ORANG MELAYU.

  2. Dulu mase hari belia ade jgk mcm ni..tp aku trs ckp aku nk yg free je..die ckp ok tp kne dgr die bebel dlu la psl pakej2 diorg..dkt 30min jgk la..tp ok la dpt free 3d 2n gi langkawi..aku pn dh lpe nme company tu..

  3. SURAYA….

    Saya ada pengalaman seperti yang awak nyatakan…tapi sekarang alhamdulillah masalah dah selesai…jika berminat nak tahu penyelesaiannya…sila hubungi saya…

    Terima kasih.

    anahash842@gmail.com

  4. Kenapa laa xbaca blog2 dlu sblum ambk hari tu..baru lg sign up 15/9/17..sempat lg nak refund kan?? Dah byar rm1590 depo..Lepas ambk baru rasa xsedap hati n try google pasal sgivc ni..xberkat gaji promoter kalau menipu org mcm ni..ckp ngn layanan mse suh ambk tip top gle..siap ambk baby kt tlg pegang time dgar talk..bgthu yg nice2 je..lsung xde yg bruk..ya Allah selamat kan kami dari tipu helah dunia dan dr org2 munafik

  5. Sorry… I don’t know Malay… but from the posts, it seems it is members pouring out their grievances about the club. It is no different from my timeshare which has its own set of issues.

    Anyway, to cut to the point….. I’m tired of going to the same places every year and I should believe that the members in my timeshare share the same feeling. Therefore, I was thinking … what if we trade our entitlement days with each other. (cross trade and bypass the timeshare exchange companies)

    BTW, I’m from Berjaya Vacation club and we have quite an active member community. Therefore, if you’d like to exchange, let’s start the ball rolling.

    Please send emails to evadnoow@gmail.com and start the conversation.

    Cheers

  6. Menyesal beli membership sgivc ni… pujuk kita manis mulut… lembut gigi dari lidah… dh beli.. nk booking susah… memanjang penuh. Kdg2 burn je entitlement… alasan2 yg di bagi x logic langsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *