Tahniah EPF

Saya melalui pengalaman yang kurang menyenangkan dengan firma guaman untuk satu kes beli rumah. Mereka ada cerita sendiri, tapi itu tidak penting buat saya. Hakikatnya saya terpaksa menunggu beberapa bulan untuk satu urusan, dan saya menunggu atas nasihat yang salah. Tanpa nasihat yang salah tu, saya cuma perlu menunggu 1 minggu!

Sebenarnya saya perlu mengeluarkan sedikit simpanan EPF bagi urusan beli rumah. Firma guaman yang dilantik telah memberi nasihat seperti berikut:

1. Perlu siapkan dulu borang tukar milik
2. Borang yang telah siap perlu hantar ke pejabat tanah dulu
3. Selepas confirm tukar milik, baru boleh apply pengeluaran di EPF

Firma guaman menasihatkan saya untuk tunggu hingga Langkah #1 selesai. Tak boleh hantar borang separuh siap, kena reject. Pernah ada kes yang client mereka hantar & tak berjaya.. dan pelbagai lagi nasihat mengarut.

Untuk makluman, saya telah menunggu dari bulan Jan 2012 sehingga bulan May 2012 hanya untuk Langkah #1 di atas. Itupun belum siap sepenuhnya lagi, pada ketika entry ini ditulis.

Pada hakikatnya, saya tidak perlu menunggu WALAU SEHARI pun.

Selepas hilang sabar, saya mendesak firma guaman mengeluarkan borang tukar milik sebelah pihak, dan borang yang tidak siap itu telah saya hantar ke EPF. Memang boleh! Saya tak perlu menunggu hingga siap.

EPF telah membenarkan permohonan saya hanya dalam tempoh seminggu.

Pengajaran: jangan ingat semua lawyer pandai, ada antara mereka ini main tembak saja!

Leave a Reply