Teori Konspirasi

Teori konspirasi adalah kepercayaan atau tuduhan bahawa sekumpulan individu berpakat melakukan sesuatu secara jahat. Teori konspirasi bunyinya agak moden (bahkan di US ada filem dengan tajuk ini), tetapi kalau bahasa kampung dalam dialek Kelantan mungkin bunyinya kaenak, iaitu khianat.

Teori konspirasi biasanya kita dengan dalam arena politik. Seperti kem A membuat satu teori, kem B kemudian membalas dengan satu teori yang lain, yang tujuan teori-teori jahat ini adalah menjatuhkan pihak-pihak lain. Teori itu sendiri sebenarnya adalah satu perkara yang dicadangkan, belum ada keputusan muktamad. Mungkin ia betul, mungkin tidak, atau ada campuran betul dan tidak.

Paling mudah untuk mencadangkan teori konspirasi adalah si A membuat konspirasi supaya B dijatuhkan atau diaibkan. Itu pada peringkat tafsiran pertama. Tafsiran yang selanjutnya, mungkin sebenarnya perancang sebenar konspirasi adalah si B, membuat konspirasi ke atas diri sendiri dan berharap orang lain menuduh si A yang cuba menjatuhkan si B. Jadi dalam tafsiran kedua, si B mendapat simpati dan sokongan orang ramai. Ada lagi tafsiran sterusnya? Mungkin ada, dan mungkin ia tidak akan pernah selesai.

Teori konspirasi boleh berlaku bukan saja dalam arena politik, tetapi dalam kerja seharian, atau apa jua perkara yang melibatkan human interaction. Teori konspirasi adalah fitnah, dan fitnah menimbulkan syak dan was-was.

One Comments

  • j4l4k

    September 4, 2009

    Bagi saya teori konspirasi itu memang wujud.Ia bukan fitnah jika ada terdapat bukti-bukti yang sahih,fakta yang tepat,data-data ilmiah serta sejarah yang bukan yang tiada kena mengena dengan mitos,kita hanya boleh mempercayainya sahaja kerana kebenaran itu disorak daripada pengetahuan umum. Kita tidak boleh menghukum tapi hanya boleh menilai sahaja.

Leave a Reply