Terbaik PDRM! Cara kesan akaun bank atau nombor telefon penipu online

PDRM telah membangunkan satu laman web untuk memudahkan orang ramai membuat semakan samada penjual online merupakan betul-betul seorang peniaga atau hanya penipu yang sedang mencari mangsa. Carian boleh dibuat menggunakan nombor akaun atau nombor telefon.

Untuk membuat semakan boleh lawati laman polis berikut:-
http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/

Saya telah membuat carian menggunakan akaun bank yang memang diketahui penipu dan mendapati hasil carian memang memberikan maklumbalas yang sepatutnya. Dalam percubaan pertama, nombor akaun CIMB 7062758605 mendapati 5 repot polis telah dibuat. Akaun kedua iaitu Maybank 164838067474 pula memberikan maklumat 3 repot polis telah dibuat. Setakat ini sebanyak 927,202 carian telah dibuat.

Tahniah kepada PDRM atas usaha yang dijalankan ini semoga dapat mengurangkan kes penipuan online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *