Tutup Operasi Stesen Minyak

Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) berhajat menutup operasi mereka selama 8 jam (7am – 4 pm) pada 26 Jun ini. Tuntutan PDAM: menaikkan komisen jualan minyak dari 3% kepada 6%. Selain penutupan, penggunaan kad kredit juga akan ditolak.

Secara kebetulan tadi saya mendapati stesen Petronas di Indera Mahkota ditutup. Apa puncanya saya tidak selidiki. Jadi saya terpaksa mengisi minyak di stesen Shell lebih kurang 3km dari situ. Susah juga kalau stesen minyak tak jual minyak.

Nampak gayanya kerajaan sekarang terpaksa menghadapi banyak tuntutan yang bermacam-macam. Tuntutan yang tidak dipenuhi akan mendatangkan ancaman kepada negara. Contohnya, jika stesen minyak tidak beroperasi, sistem pengangkutan dalam negara akan terjejas dan merisikokan kegiatan ekonomi.

Teringat pula tentang ancaman kumpulan pengusaha roti canai untuk tidak menjual roti canai sekiranya harga roti canai tidak dinaikkan. Tetapi ancaman itu tidak mendatangkan bahaya bila orang ramai tidak kisah jika tidak makan roti canai.

Apa kata jika kali ini orang ramai buat tak kisah kalau tidak mengisi minyak di siang hari? Siapa yang akan bertahan, kuasa orang ramai atau kuasa PDAM?

Dear fellow Malaysians, if you like the content of this blog and thinking about to support me to continue writing good content, please consider to sign up for Takaful service from me. I am offering life & accidental coverage plans and medical card too. Kindly message me using the PM box on the sidebar (under profile picture). Thanks ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *