Menu Home

Umrah DIY – apa pendapat anda?

Beberapa hari lepas saya ada menerbitkan kompilasi pakej-pakej umrah oleh agen-agen berdaftar TH. Sekiranya ini kali pertama anda ingin melakukan umrah, pilihan terbaik adalah melalui agen-agen yang disahkan oleh TH.

Selain itu terdapat juga alternative kepada pakej yang sedia ada, iaitu melalui DIY (Do It Yourself), terutamanya kepada mereka yang pernah melakukan umrah sebelum ini tetapi ingin mendapatkan pengalaman menguruskan sendiri perjalanan umrah.

Sebagai contoh pengalaman dari Tuan Adaha yang disampaikan melalui TheVocket di sini. Saya tertarik membaca pengalaman beliau dan berniat untuk mencuba umrah DIY suatu hari nanti. Malahan saya ada cuba-cuba buat itenary dan anggaran costing, dan mendapati pakej DIY ini lebih menarik berbanding pakej komersil yang ditawarkan.

Tetapi terdapat juga pendapat yang tidak menggalakkan umrah secara backpacker (sejenis umrah DIY juga) atas beberapa faktor. Faktor utama adalah keselamatan, selain keperluan visa yang semakin rumit. Dikatakan agen TH tidak lagi dibenarkan menjual visa semata-mata tanpa pakej. Apapun Insyaallah saya akan cuba selidiki lagi berkenaan isu visa ini.

Bagaimana pula pendapat Tuan/Puan yang melewati laman ini? Sila kongsikan pendapat anda dalam kotak komen.

Categories: General

Basri MY

2 replies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *