Menu Home

Unifi kini menaja tayangan langsung perlawanan bola sepak di Malaysia

Peminat bola sepak tempatan kini boleh menonton siarang langsung Piala Sumbangsih, Liga Super Malaysia, Piala Malaysia, Piala FA serta siaran bersyarat bagi perlawana Liga Perdana, Challenge Cup dan perlawanan-perlawanan lain yang dianjurkan oleh pihak FMLLP secara live melalui Unifi PlayTV. Dengan penajaan ini liga kini dikenali sebagai “unifi Liga Super Malaysia” dan piala tersebut dinamakan sebagai “unifi Piala Malaysia”.

Setakat hari ni semakan mendapati bola sepak secara live dijadualkan melalui HyppSports 3.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Pengerusi Football Malaysia LLP, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mengulas, “Saya amat berbesar hati dengan termeterainya perjanjian kerjasama ini, di mana ia merupakan yang terbesar dalam sejarah sukan di Malaysia, ini adalah bukti keyakinan TM terhadap sukan bola sepak dan liga Malaysia merupakan pemacu komersial dan perpaduan utama di negara ini.”

Unifi PlayTV kini boleh didownload secara percuma melalui Google PlayStore dan Apple ApStore.

Categories: General

Basri MY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *