Upload pics dari PC ke digital camera

Ini acara terbalik. Biasanya saya hanya download dari ditital camera ke PC. Tetapi malam tadi saya betul-betul perlu upload dari PC kepada camera. Isteri saya akan bawa camera ke Kelantan dan nak tunjuk gambar baby pada keluarga angkat. Malangnya saya dah ter delete semua file yang ada dalam memory slot camera.

Saya dapati camera (Sony) ini tidak boleh membaca nama file selain dari no siri yang telah diprogramkan. Jadi image file itu saya renamekan sementara file secara fizikal berada dalam memory slot. Walaupun nama baru telah menepati pattern siri yang digunakan oleh camera ia tetap tidak dapat mengenali imej file berkenaan.

Jadi saya terpaksa gunakan strategi cuba-cuba saja 😉 Akhirnya saya berjaya masukkan kembali gambar baby dengan cara renamekan dulu file-file berkenaan dalam PC, kemudian di uplaod kepada camera. Pastikan nama file dan nama folder mengikut siri yang diprogramkan. Saya juga sempat mencuba freeware dinamakan Master Rename untuk menamakan semula file-file dalam PC secara segera.

Leave a Reply