wifi@unifi – buruan tahun 2018 dan seterusnya

wifi@unifi adalah satu produk terbaru dari TM yang dijenamakan semula dari TM Wifi. Ia memberikan capaian internet dengan kelajuan mencapai 4Mbps bagi seorang pengguna pada harga yang sangat kempetitif iaitu 10 sen sejam. Ulang suara, 1 jam, bukan 1 minit. Anda tahu mana-mana service provider yang memberikan capaian internet semurah itu?

Mengapa wifi@unifi lebih baik dari TM Wifi? Kerana semua wifi@unifi menggunakan perkhidmatan fibre optic sebagai backhaul nya.

Jom buat perbandingan antara beberapa service provider lain:

Pakej Kaki Sosial oleh Digi
RM30 untuk 5GB
Maklumat lanjut di sini.

Pakej LagiAwesome oleh Celcom
RM30 untuk 5GB
Maklumat lanjut di sini.

Pakej Red Pass oleh Maxis
RM35 untuk 5GB
Maklumat lanjut di sini.

Pakej UMI30 oleh UMobile
RM30 untuk 7.5GB
Maklumat lanjut di sini.

Pakej FAT Data oleh OneXOX
RM30 untuk 5GB
Maklumat lanjut di sini.

OK sekarang bagaimana nak buat perbandingan dengan 10 sen seminit menggunakan wifi@unifi? Kita buat perkiraan mudah sahaja. Contoh dengan menonton video Gangnam Style di YouTube selama 4 minit pada kualiti video terbaik (1080P), anda sebenarnya telah download sebanyak 74MB.

Soalan seterusnya, dalam 1GB ada berapa banyak video ‘Gangnam Style’? 1GB adalah 1000MB (atau pun mungkin ada orang nak kata 1024MB terpulanglah).

Jadi,
=1000 / 74
=14 video Gangnam Style

14 video ini bermakna 14 x 4 minit bersamaan 56 minit.

Dengan kata lain, menonton video di YouTube pada kualiti video terbaik selama 1 jam akan memakan bandwidth anda sebanyak 1GB.

Seterusnya, berapa kos untuk 1GB? Mudah. Berdasarkan pakej-pakej oleh service provider di atas, saya ambil purata sebanyak RM4.50 untuk setiap 1GB, atau 1 jam menonton YouTube.

Sekarang bandingkan 1 jam dari wifi@unifi pada kadar RM0.10 dengan kadar purata oleh service provider lain iaitu RM4.50.

RM0.10 vs RM4.50, anda nak pilih yang mana? Ini memang betul-betul membunuh.

Mungkin ramai tak tahu di mana nak nak cari wifi@unifi dan bagaimana nak gunakannya. wifi@unifi boleh didapati di kebanyakan tempat tumpuan awam seperti pasaraya, cafe university, hospital dan sebagainya. Anda cuma perlu download aplikasi ifoundit di Goople Play atau App Store. Cara nak bayar kredit ada di situ.

Jika anda pelajar universiti dan wifi@unifi belum ada, minta HEP anda segera apply dari TM. Pihak universiti tak perlu keluarkan sebarang kos pun. Atau jika anda pelanggan mana-mana restoran atau cafe yang belum ada wifi@unifi, minta tokey kedai apply segera tanpa sebarang kos. Kalau dia tak nak apply, cari kedai lain yang ada.

Kalau anda rasa tempat anda adalah tempat tumpuan awam, dan anda berminat nak apply wifi@unifi, sila tinggalkan email dan mesej di sini.

PERCUMA! Konsultasi TAKAFUL untuk:
- perlindungan hayat, kecacatan, penyakit kritikal atau kemalangan
- menabung untuk pendidikan anak dengan perlindungan sepanjang hayat
- medical card
Klik di sini dan dapatkan slot rundingan SEKARANG!

2 thoughts on “wifi@unifi – buruan tahun 2018 dan seterusnya

  • 26/05/2018 at 9:35 am
    Permalink

    Tuan boleh contact 09-5129445 dan sebut berkenaan wifi@unifi.

    Reply
  • 22/05/2018 at 11:25 pm
    Permalink

    Saya memerlukan unifi dipasang di restoran saya. Siapa nak hubungi untuk pasang unifi dan ape yang perlu saya sediakan?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *