Menu Home

Yoodo juga offer free sim card

Industri telekomunikasi tempatan semakin meriah dengan pemain-pemain baru. Terkini anak syarikat Celcom Axiata iaitu Yoodo turut juga menawarkan plan yang menarik. Dikatakan pengoperasian Yoodo adalah 100% online seperti permohonan baru dan pengurusan akaun.

Apa yang menarik tentang Yoodo?

1. Yoodo memberikan kawalan kepada pengguna. Pengguna menentukan apa yang mereka ingini seperti kuota data, kuota talk time dan SMS. Sebagai contoh saya mencuba untuk customise plan yang saya inginkan. 30Gb data untuk RM85/sebulan tanpa talk time dan SMS. Jika plan tanpa data dan SMS, saya hanya perlu membayar RM12/sebulan untuk 2000 minit talk time. Wow! Ini sangat menarik.

2. 100% online, saya memang sukakan apa saja yang online.

3. Free sim card dan free delivery. Okay, mungkin saya agak ketinggalan. Zaman sekarang mungkin telco tidak lagi mengenakan bayaran untuk sim card mereka.

4. Tidak ada contract.

5. Kadar panggilan suara yang sangat murah. Untuk 2000 minit pada harga RM12, maka panggilan seminit tidak sampai pun 1 sen. Adakah ini satu kesilapan? Saya harap tidak.

6. Coverage paling luas di Malaysia. Yoodo menggunakan network 4G dari Celcom.

Wow! Saya telah pun memesan 1 sim card percuma dan hampir pasti menggunakan sim card ini.

Categories: General

Basri MY

4 replies

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *