1 juta sim card Unifi Mobile habis diedarkan

Dalam laporan awal saya bertarikh 27 Jan 2018 berkenaan kemunculan Unifi Mobile dengan 5 sim card percumanya (pengecualian RM10 dalm tempoh promosi), saya telah membuat anggaran yang tawaran untuk 1 juta sim card akan habis dalam tempoh 2 bulan 5 hari dari tarikh laporan itu dikeluarkan.

Saya silap membuat ramalan.

1 juta sim card telah habis diedarkan hari ini iaitu kira-kira hanya 2 minggu selepas laporan pertama saya dikeluarkan. Dapat anda bayangkan? Dikatakan pelanggan-pelanggan telah menyerbu TMpoint di seluruh Malaysia bagi mendapatkan sim card percuma berkenaan. Sim card ini turut dibekalkan dengan 20GB data LTE dan 10 minit masa berbual.

TM dikatakan kini sedang mencetak lebih banyak sim card untuk diedarkan semula bermula 21 Feb 2018. Masa untuk #bebas tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *