Page Loader

Covid19 datang tatkala ekonomi dunia sedang tidak menentu akibat perang perdagangan antara Amerika dan China. Tarif demi tarif dikenakan dan kuasa besar dunia ini saling memberi tekanan antara satu sama lain. Covid19 muncul sekitar penghujung 2019 dan seterusnya dunia mengenakan sekatan pergerakan (PKP) dalam negara masing-masing bagi menyekat penularan wabak ini.

Industri terjejas teruk dari PKP dan kita dapat saksikan pelabur pantas melarikan diri dari pasaran. Tambahan pula sekitar pra-PKP pasaran memang sedia dalam keadaan kurang baik akibat pergolakan politik di Malaysia pada ketika itu. Minggu pergerakan Sheraton di saat nasib PH terumbang-ambing dan peralihan kuasa dijangka berlaku, KLCI mencatat rekod terendah pada waktu itu pada 1473 mata. KLCI terus menjunam minggu berikutnya apabila Covid19 dikatakan semakin memberi impak kepada keselamatan negara dan akkhirnya PKP dilaksanakan pada 18 Mac 2020. Pada waktu ini indeks KLCI turun ke paras paling rendah dalam tempoh 11 tahun iaitu 1207 mata.

Pun begitu tidak semua sektor utama industri mengalami kemelesetan. Contohnya sektor penjagaan kesihatan (healthcare) menjadi buruan para pelabur kerana ia berkaitrapat dengan permintaan produk dan perkhidmatan kesihatan yang sememangnya diperlukan di saat masyarakat berdepan wabak berbahaya ini.

Berikut merupakan 10 kaunter pilihan terbaik dari sektor penjagaan kesihatan sejak sebulan yang lalu (18 Mac – 16 April 2020).

NoTicker Performance % 
1LKL                     160.00
2PHARMA                        56.88
3NOVA                        44.16
4BIOHLDG                        37.50
5DPHARMA                        36.21
6SUPERMX                        26.85
7HARTA                        24.07
8TMCLIFE                        19.51
9YSPSAH                        18.71
10TOPGLOV                        17.04

LKL International Berhad merupakan syarikat yang membina dan memasarkan peralatan hospital seperti tilam dan katil. Peralatan lain termasuklah katil bersalin, katil ICU dan kerusi roda.

Pharmaniaga Berhad juga merupakan pembekal barangan hospital termasuk ubat-ubatan dan topeng muka untuk pekerja hospital.

Nova Wellness Group pula adalah penyedia suplemen kesihatan, makanan dan penjagaan kulit, serta pembersih tangan (hand sanitizer) yang merupakan barang panas pada musim Covid19.

Bioalpha Holdings Berhad adalah pengilang dan pengedar makanan kesihatan seperti spirulina selain merupakan rangkaian farmasi jenama Constant.

Duopharma Biotech Berhad adalah penyedia keperluan farmasi termasuk vitamin Champs dan ubat mata Eye Glow. Syarikat ini disambung kontrak penyediaaan insulin oleh kerajaan untuk tempoh 1 tahun bermula Dec 2019 bernilai RM91juta.

Supermax Corporation Berhad adalah peengilang terbesar sarung tangan getah di Malaysia dan kedua terbesar di dunia. Sarung tangan adalah satu lagi produk yang mendapat permintaan tinggi sebaik wabak Covid19 melanda.

Hartalega Holdings Berhad juga merupakan pengilang sarung tangan getah selain peralatan makmal.

TMC Life Sciences Berhad adalah rangkaian hospital dan juga farmasi.

YSP South-east Asia Berhad adalah pengilang uba-ubatan yang mempunyai kehadiran di kebanyakan negara Asia Tenggara.

Top Glove Corporation Berhad adalah pengilang sarung tangan getah selain produk terkenal lain iaitu kondom.

Comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Highlights
Recent Posts
Instagram Feed