21/06/2016

10 petua menguruskan stress

6

Saya rasa amat memerlukan petua sebegini, boleh jadi orang lain juga perlu. Jadi bila terima risalah seperti ini dalam email saya rasa saya perlu pelajarinya dan amalkan selalu.

Petua-petua yang dapat dikongsikan:

1. Tidur selama 30-45 minit di siang hari.

2. Berurut dengan yang pakar.

3. Mengekspresi diri secara artistik seperti menyanyi, menulis puisi, melukis dan sebagainya.

4. Kerapkan ketawa dan menunjukkan ekspresi menyenangkan pada raut wajah.

5. Lakukan aktiviti hobi anda seperti berenang atau bermain golf, ia mampu meningkatkan kadar endorfin yang mana endorfin ini boleh menjadikan anda lebih ceria.

6. Coklat – pengambilan 40gram coklat setiap hari dipercayai dapat menyeimbangkan hormon stress.

7. Mengingati perkara baik setiap masa.

8. Berdiri dan berjalan dengan tegak boleh mengurangkan hormon stress.

9. Menonton komedi sudah tentu menjadikan kita ketawa seterusnya mengurangkan stress.

10. Bersenam.

About Author Mr.Bazz

Hi thanks for dropping by. Please share the content if you think there is someone who will appreciate it.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *