11 makanan penyebab kanser yang selalu kita jumpa

Beberapa hari ni saya kerap mendengar tentang penyakit kanser. Musibah yang datang merupakan ujian serta ketentuan dari Allah. Tak siapa mahu mengalami kesukaran dalam bentuk sakit, semoga Allah melindungi kita dan keluarga.

Saya terbaca tentang beberapa makanan yang boleh menjadi punca sakit kanser antaranya:

1. Makanan dalam tin, kebanyakan mengandungi BPA atau besphanol-A iaitu bahan kimia.

2. Minuman bergas soda yang memang terkenal dengan kandungan gula yang tinggi.

3. Salmon yang dibela dari kolam oleh kerana pemakanan ikan yang tidak asli.

4. Popcorn hasil dari microwave – mana ada popcorn goreng kuali yang dijual dipasaran kecuali dari dapur kita sendiri. Popcorn ini sebenarnya dicemari sejenis acid yang mengurangkan kesuburan wanita, merisikokan hati, buah pinggang dan pankreas.

5. Daging yang diproses seperti sosej, hotdog, bacon atau daging burger oleh kerana agen pengawetnya dari bahan kimia yang tidak bagus untuk kesihatan.

6. Potato chips atau kentang keping yang mengandungi agen penambah berat serta kandungan sodium yang tinggi. Ia menyebabkan kolestrol tinggi serta tekanan darah tinggi.

7. Minyak yang di hidrogen. Ada perbezaan antara hidrogen sempurna dan separa hidrogen. Contoh minyak separa hidrogen adalah dari marjerin yang mengandungi lemak trans yang sangat tinggi.

8. Makanan yang disalai (api) dan jeruk. Makan jeruk mengandungi kandungan nitrat yang merisikokan kanser usus dan perut.

9. Tepung yang terlebih proses (kilang).

10. GMO atau genetically modified organism. Sebenarnya banyak makanan yang telah melalui proses penukaran DNA seperti jagung di Amerika, soya serta lembu yang dibekalkan dengan agen penambah susu.

11. Gula yang diproses, iaitu gula tambahan yang kita gunakan seharian. Kajian mendapati kanser dan tumor menggunakan gula untuk meneruskan hidup mereka.

Sungguhpun nampak sukar untuk kita elakkan, sekurangnya kita usahakan untuk mengecilkan pengambilan 11 makanan di atas.

Shopping di DDShop.Online:
- gadget murah
- barang rare
- F&B halal Muslim
Lawat DDShop.Online dan alami pengalaman BARU!

Leave a Comment