Anak terkena molluscum contagiosum?

Beberapa hari lepas saya mengunjungi klinik pakar Darul Makmur Medical Center (DMMC). Tujuannya nak kenal pasti apa masalah kulit muka anak yang umurnya baru nak masuk 4 tahun ni.
Mulanya saya ke Klinik Putramedic. Dua kali pergi. Visit yang terakhir Doc beri surat refer untuk jumpa pakar kulit. Di KSH dan KMC tak ada pakar kulit, jadi dia refer kepada Dato’ Dr. Ong di DMMC.

Kata Dr. Ong, sakit ni tak serius dan akan hilang sendiri. Namanya molluscum contagiosum. Tak perlu letak krim whatsoever. Ini kerana antibodi seorang budak belum cukup kuat untuk lawan virus yang menjangkiti dirinya. Secara semulajadi antibodi akan terbentuk untuk lawan virus tu dan kesan bintik-bintik kecil yang timbul di kulit akan hilang.

Dr. Ong sempat tulis nama penyakit ni untuk saya google kan. Apa yang google cerita pun sama macam Doc cerita.

Punca adalah jangkitan virus melalui sentuhan. Kesan akan hilang sendiri dalam tempoh beberapa bulan. Tapi sekiranya perlu, Doc akan guna rawatan menggunakan cecair nitrogen atau laser.

Apapun sakit ini tidak kronik dan tidak membahayakan.

Ref: 

https://www.aad.org/public/diseases/contagious-skin-diseases/molluscum-contagiosum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *