Benarkah hentian Perasing menyeramkan?

Hentian Perasing di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) tidaklah menjadi tumpuan seperti hentian Temerloh atau Gambang. Mungkin puncanya hentian ini agak baru berbanding yang lain.

Tetapi ada juga mereka yang mengaitkan sambutan ‘dingin’ para pemandu terhadap hentian ini disebabkan oleh cerita mistik dan seram berkenaan hentian Perasing. Persoalannya, adakah benar hentian ini menyeramkan?

Saya singgah ke hentian Perasing beberapa hari lepas kebetulan dalam perjalanan ke Dungun. Laluan masuk dari lebuhraya utama ke hentian ini agak ‘sayup’ tapi bukanlah menjadi satu masalah yang besar. Waktu sekitar pukul 6 petang dengan hujan renyai-renyai musim tengkujuh di pantai timur.

Suasana agak meriah dengan pengunjung yang berhenti rehat sambil pekena air panas. Terdapat beberapa kedai makanan yang dibuka. Ada juga beberapa kiosk jualan segera.

Fasiliti yang disediakan termasuk tandas, ruang solat dan taman permainan kanak-kanank. Persekitaran yang bersih dan selamat, cuma ada satu kawasan yang dipagari dengan pita halangan. Saya kira untuk keselamatan pengunjung kerana didapati terdapat sedikit kerosakan pada struktur bumbung laluan berkenaan. Selain itu suasana persekitaran agak baik dengan landskap yang terjaga.

Jadi di mana keseramannya? Saya tak pasti, mungkin hanya cerita orang, sebab saya tak rasa ia menyeramkan.

Kedai makan kelihatan bersih.
Surau.
Kiosk jualan.
Tandas lelaki.
Hiasan dalam tandas.
Landskap yang menarik.
Taman permainan.

Kesimpulannya, kepada para pemandu berhentilah berehat di hentian Perasing. Berehat cukup-cukup untuk perjalanan seterusnya. Seram atau tak seram, anda tentukan sendiri, tetapi hasil lawatan saya ini menunjukkan hentian Perasing dalam keadaan cemerlang.

Shopping di DDShop.Online:
- gadget murah
- barang rare
- F&B halal Muslim
Lawat DDShop.Online dan alami pengalaman BARU!

Leave a Comment