Terima kasih!

Sejak dari 2 minggu lepas terdapat peningkatan ketara jumlah pelawat yang singgah ke blog ini, terutamanya tools tukar tarikh lahir ke tahun Hijrah.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang meng’viral’kan tools tarikh lahir Islam berkenaan. Ramai kawan-kawan yang mesej beri sokongan, terima kasih kepada anda semua.

EVALI – risiko untuk para vapers

EVALI adalah singkatan untuk “E-Cigarette or Vaping Product Use-associated Lung Injury”. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Centers for Disease Control (CDC) di Amerika Syarikat dalam bulan Ogos 2019.

Setakat ini sebanyak 1600 kes EVALI telah dikenalpasti dengan 34 darinya membawa maut.

Terbaru, CDC telah membuat pengesahan bahawa punca EVALI adalah dari perubahan bahan vitamin E yang selalu disedut oleh para vapers. Vitamin E ini digunakan sebagai bahan menambah kepekatan dalam cecair vape, malangnya proses pemanasan semasa cecair bertukar kepada wap menyebabkan ia berubah kepada bagan kimia berbahaya.

Beringatlah sebelum menjadi mangsa.

E-Tunai Rakyat – bagaimana, di mana dan bila?

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah 450 juta peruntukan untuk pela ksanaa n E-Tunai Rakyat. Berikut disertakan beberapa jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran anda.

Syarat kelayakan:

1. Rakyat Malaysia

2. Berumur 18 tahun ke atas

3. Pendapatan karang 100,000 setahun

Cara pembayaran:

Melalui e-wallet iaitu Boost, Touch N Go atan GrabPay. Anda patut buka akaun e-wallet sekarang dan segera membuat verifikasi menggunakan MyKad. Akan ada menu untuk membuat verifikasi berkenaan.

Jumlah pembayaran:

Sebanyak RM30 untuk setiap orang.

Tarikh penting:

15 Jan 2020: jumlah RM30 akan di masukkan.

15 Mac 2020: tarikh akhir kredit perlu digunakan.

Ringkasan:

Buka akaun e-wallet sekarang, verify guna MyKad, claim credit RM30 pada15 Jan 2020, guna kredit untuk sebarang pembelian sebelum 15 Mac 2020.

Classic Pilot Cafe – jalan2 & makan2 Kuantan

Ini boleh jadi segmen baru di blog ini. Eateries review 😉 Ok Classic Pilot Kafe berada di A25, Kuantan Avenue, Lorong Seri Kuantan 2, Taman Teluk Sisik, 25300 Kuantan, Pahang. Lokasi ni kiranya tengah bandar, agak senang nak sampai dari mana-mana hotel. Paling dekat dengan Vistana, E-red, Mega View atau Zenith. Senarai makanan dari menu western, harga berpatutan, kualiti baik, service tip top. Ada live band. Pembayaran boleh by cash atau grab pay.

11 makanan penyebab kanser yang selalu kita jumpa

Beberapa hari ni saya kerap mendengar tentang penyakit kanser. Musibah yang datang merupakan ujian serta ketentuan dari Allah. Tak siapa mahu mengalami kesukaran dalam bentuk sakit, semoga Allah melindungi kita dan keluarga.

Saya terbaca tentang beberapa makanan yang boleh menjadi punca sakit kanser antaranya:

1. Makanan dalam tin, kebanyakan mengandungi BPA atau besphanol-A iaitu bahan kimia.

2. Minuman bergas soda yang memang terkenal dengan kandungan gula yang tinggi.

3. Salmon yang dibela dari kolam oleh kerana pemakanan ikan yang tidak asli.

4. Popcorn hasil dari microwave – mana ada popcorn goreng kuali yang dijual dipasaran kecuali dari dapur kita sendiri. Popcorn ini sebenarnya dicemari sejenis acid yang mengurangkan kesuburan wanita, merisikokan hati, buah pinggang dan pankreas.

5. Daging yang diproses seperti sosej, hotdog, bacon atau daging burger oleh kerana agen pengawetnya dari bahan kimia yang tidak bagus untuk kesihatan.

6. Potato chips atau kentang keping yang mengandungi agen penambah berat serta kandungan sodium yang tinggi. Ia menyebabkan kolestrol tinggi serta tekanan darah tinggi.

7. Minyak yang di hidrogen. Ada perbezaan antara hidrogen sempurna dan separa hidrogen. Contoh minyak separa hidrogen adalah dari marjerin yang mengandungi lemak trans yang sangat tinggi.

8. Makanan yang disalai (api) dan jeruk. Makan jeruk mengandungi kandungan nitrat yang merisikokan kanser usus dan perut.

9. Tepung yang terlebih proses (kilang).

10. GMO atau genetically modified organism. Sebenarnya banyak makanan yang telah melalui proses penukaran DNA seperti jagung di Amerika, soya serta lembu yang dibekalkan dengan agen penambah susu.

11. Gula yang diproses, iaitu gula tambahan yang kita gunakan seharian. Kajian mendapati kanser dan tumor menggunakan gula untuk meneruskan hidup mereka.

Sungguhpun nampak sukar untuk kita elakkan, sekurangnya kita usahakan untuk mengecilkan pengambilan 11 makanan di atas.

Kia Workshop Kuantan

Artikel kali ni saya berkongsi pengalaman mengunjungi bengkel kereta Kia di Jalan Bukit Ubi. Bukan setakat sebab pemilik bengkel adalah Melayu Islam, tetapi mutu perkhidmatan yang disediakan juga memang baik.

Terdapat beberapa orang mekanik bumiputera yang bertugas, ketua mekanik bos nya sendiri dipanggil Am. Am sempat juga beri beberapa tips berguna penjagaan kereta, terima kasih.

Kepada anda yang mencari bengkel Kia di Kuantan, bolehlah datang cuba perkhidmatan oleh Nesa Auto Sales & Services di Jalan Bukit Ubi, berhadapan pejabat JKR dan tangki JBA.

Secara tepat lokasi GPS adalah seperti berikut:

Nesa Auto Sdn Bhd
Taman Sungai Charu, 25200 Kuantan, Pahang
016-944 4341
https://maps.app.goo.gl/k537fy6xGmonLRtj7

Waktu operasi pukul 9-6pm hari Isnin-Jumaat, 9-2pm hari Sabtu.

Tekken 7 di SEA Games 2019

Sukan Elektronik atau E-Sports rupanya ada dipertandingkan di SEA Games 2019 Manila. Salah satunya adalah game Tekken 7. Selain Tekken 7, beberapa games lain yang dipertandingkan adalah Dota 2, Starcraft II, Mobile Legends dan Arena of Valor.

Saya sempat tengok live coverage di RTM2 wakil Malaysia Abd Shukor sedang beraksi menentang wakil Thailand. Malangnya wakil Malaysia kecundang, tak apa boleh cuba lagi.

Tapi kelakar pun ada macam mana E-Sports ini boleh masuk kategori SEA Games. Saya lihat ia lebih kepada gaming skill sahaja. Mungkin suatu hari nanti permainan congkak atau sorok-sorok boleh diketengahkan juga.

TM Hypptv @ PlayTV upgraded version

Jika anda pengguna TM PlayTV maka anda perlu sedar bahawa TM telah menaiktaraf software PlayTV secara berperingkat.
Interface baru PlayTV agak meyakinkan, tapi ada satu perkara yang saya tidak berapa gemar iaitu kemana hilangnya senarai thumbsized video. Dulu fungsi ini ada di sebalik butang warna biru tapi kini hilang begitu saja. Dari segi penambahbaikan, didapati STB naiktaraf telah dipasang dengan app iflix dan waktu solat. Saya dah cuba app iflix di STB Unifi ini, kualiti video memang baik cuma cerita yang ditawarkan agak lama. Berdasarkan semakan, versi terbaru Android yang digunakan adalah 4.4.2. Kernel version pula 3.10.0_s40.