Cantik Agama Kerana Manusia

Imam masjid Kuantan hari ini ada menyebut tentang kelaziman sesetengah orang menyebut “Insyallah” dalam berjanji, selepas itu janji itu tidak ditepati. Lama-lama kelamaan orang sudah tidak boleh menerima jawapan “Insyallah” lagi. Contohnya:

“Datang ke tak malam ni?”

“Insyallah saya datang.”

“Jangan Insyallah, datang ke tidak?”

Sedangkan Insyallah itu sesuatu jaminan yang istimewa, dengan izin Allah. Yang cantik boleh jadi tak cantik. Mungkin lebih kurang sama dengan kes fatwa pengharaman pengkid dan juga ura-ura tentang halal/haram senaman yoga. Yang melawan Majlis Fatwa tu bukan orang lain, tetapi orang Islam juga. Yang mengutuknya pun  orang Islam juga.

How to unisntall VBSEO and not loosing the visitors?

This is a VBulletin tips to owners who used VBSEO url rewriting add-on but later would like to uninstall it for any reasons. After using VBSEO for quite sometime, and your forum URL already indexed by search engines, uninstalling VBSEO will make you loosing the visitors.

Here is what I did, for example your VBSEO is something like this:

/forum/semesection/22392-sometopic-somepages.html

Uninstalling VBSEO will make the URL return to default:

/forum/showthread.php?t=22392

But unfortunately this translation from old URL to new URL is not automatic. Thanks to .htaccess, you can add this little line in that file and put it in your web root /.
RewriteEngine On
RewriteBase /
RewriteRule ^forum(.*)/([0-9]+)(.*).html$ /forum/showthread.php?t=$2 [L,R=301]

That’s it!

Jual akaun rapidshare

Seorang kawan memberi saya info berguna tentang Rapidshare. Bagaimana nak menjual premium akaun. Caranya ialah dengan membuat akaun collector dan upload file berzaiz lebih dari 5Mb dan dapatkan free user yang lain untuk  mendownloadnya. 1 free user bersamaan 1 point. Untuk mendapatkan satu premium akaun sebanyak 10k points diperlukan. Agak banyak, tetapi itulah caranya untuk menjual akaun premium tanpa menjadi reseller.

BullionVault: How to Start with FREE 1 gram of Gold

People are getting interested more in gold compared to savings, bonds, mutual funds, foreign exchange etc? It should be. Gold is always the best hedging option against the inflation. But how do we do with gold? Buying physical gold in bars, coins or getting into gold savings option? Most importantly is how to get involved with ups and downs of the gold price and make profit during this hard time?  Is there a system where people can easily do gold buying when the price is low and sell it back so easily, without getting anywhere except in front of your PC?

BullionVault is the answer!

BullionVault is an internet gold bullion exchange and physical storage provider, founded in 2005 by Paul Tustain. It is owned by Galmarley Ltd. and based in London, United Kingdom. Purchased gold is held in personally allocated storage with Via Mat International in either London, New York or Zurich depending on the client’s preference. BullionVault’s commission charges range from 0.8% to 0.02%, and its custody charge (or gold storage fee) is 0.12% per annum, with a $4 monthly minimum charge.

Clients of BullionVault hold their gold in vaults controlled by BullionVault, thereby creating a legal bailment. This is different from most other online gold facilities, which purport to create a digital gold currency.

BullionVault enables users to buy and sell their gold at prices set by them, ensuring an open and competitive 24/7 market. To prevent money laundering BullionVault asks new clients to provide proof of identity and address. Also unlike digital gold currency, they do not allow the direct transfer of gold units between user accounts unless they are sold via the exchange facility. This contrasts with digital gold currency which may act as electronic money. BullionVault also undertakes a daily audit to reconcile every client’s holdings against the latest bar lists and bank statements.

As of 7th October 2008 and according to their website, BullionVault held 9’476 kg (304’656 troy ounces) of gold in storage.

Get involved with gold trading at BullionVault now. Registration is easy and can be completed with minutes. Here is step-by-step guides on how you can get started:

1. Register BullionVault account here.

2. Login to your account, you will notice a FREE 1 gram of gold is already in your gold storage. Notice also you have $0 currency. The statement shows that your gold is held at Zurich.

3. You may want to try selling this gold. Now click “MARKET” button on the top area of the page. Filter the vault to Zurich because this the vault where your gold is. Notice that the green button with blinking selling price. You may want to take sometime to realize which price is higher. Our objective is to sell high. Or you can click the chart and get the idea of high/low price from there. But for now in order to sell, click on the SELL button on the right panel. Be sure to have the following values in the sell form:

Gold vault: Zurich

Currency: Dollars

Price per kg: Eg. 29000 (depends on current market)

Quantity (kg): 0.001 (this is the free gold given during registration)

Order value: leave it as is

Then click SELL/OFFER and then confirm.

You will receive an email fron BullionVault when the gold is successfully sold.

4. When sold, you will notice that your account statement shows some values in currency. This is the available fund that you have in order to buy gold. Remember we want to buy gold at low price. So click BUY button on the right panel. Fill in the form:

Gold vault: Zurich (you can select London or New York as well)

Currency: Dollars

Price per kg: Eg. 28000 (depends on current market)

Quantity (kg): 0.001

Order value: leave it as is

Then click BUY/BID and then confirm.

An email will bes sent when the order is successful.

5. Now just repeat BUY and SELL and that’s about it.

To get instructions with some pictures please visit my web page here. To register for BullionVault and get FREE 1 gram of gold today please click here.

Sindiket Gores Tapi Tak Menang

Artikel ini bukan berkenaan mana-mana skim cepat kaya atau pun sindiket gores dan menang. Tidak juga ada apa-apa kaitan dengan 4 syarikat yang disyaki mendalangi skim cepat kaya yang diserbu oleh pihak BNM semalam.

Ini adalah eksklusif untuk sindiket ‘gores tapi tak menang’.

Saya pernah menulis tentang seni gores-menggores kereta yang berlaku di Kuantan sebelum ini. Rujuk artikel ini. Tetapi cakap-cakap kedai kopi yang didengar hari ini lebih suspen. Khabarnya kes gores-menggores dan calar-mencalar kereta ini didalangi oleh sindiket tertentu di Kuantan. Kononnya si kaki penggores ini akan menggores kereta siapa sahaja yang sempat digores dan kemudian memaklumkan kepada bosnya nombor plat kereta berkenaan. Si penggores akan mendapat komisen sekiranya kereta yang menjadi mangsa mendapatkan khidmat mengecat semula di mana-mana kedai cat kereta yang menjadi sponsor kepada sindiket ini. Perkara ini berlaku di sekitar bandar Kuantan.

Patutlah kereta aku dah 4 kali kena calar.

Inilah akibatnya jika berbisnes tanpa iman, apatah lagi kalau kafir laknatullah.

Tulisan Jawi Tanggungjawab Siapa?

Beberapa peristiwa yang berlaku sebelum ini berkenaan tulisan Jawi mungkin ada hikmahnya. Seorang ahli politik bukan-Melayu dikatakan menentang penggunaan tulisan Jawi di papan tanda jalan dan berjaya menghapuskannya. Ramai orang-orang Melayu yang melenting, tak kurang juga yang bersetuju dengan tindakan ahli politik berkenaan. Kenapa jadi begitu saya pun kurang pasti. Mungkin sebab kita suka sangat berpolitik, maka semua perkara pun kita akan politikkan.

Jika tidak kerana tindakan ahli politik bukan-Melayu itu, adakah antara kita yang rasa terpanggil untuk melindungi tulisan Jawi? Tidak adakah rasa cinta dan tanggungjawab kita pada warisan ini? Apakah bila kita terpandang tulisan Jawi sama rasanya seperti terpandang tulisan Cina atau Tamil?

Sesetengah orang begitu hipokrit. Kononnya ada pihak yang berjuang menubuhkan satu negara tanpa politik perkauman. Dalam keadaan sekarang apakah perkara ini mustahil? Rasa saya tidak.

Kerana mereka yang hipokrit ini juga berjuang untuk kaum mereka sendiri dan mahu mengalahkan kaum yang satu lagi.

Siapa kata khidmat bukan-Melayu lebih baik?

Jika bercakap tentang tahap perkhidmatan (customer service) rasanya ramai yang bersetuju bahawa tahap yang kita nikmati hari ini di sini masih boleh diperbaiki. Sangat ‘masih boleh diperbaiki’. Tetapi itu yang kita setuju, bagaimana pula perbezaan tahap perkhidmatan yang disediakan oleh orang Melayu dengan bukan-Melayu?

Saya kerap mendengar rakan-rakan di pejabat sering memuji hasil tangan tukang rumah, tukang simen, tukang paip mahupun tukang atap dari kalangan bukan-Melayu sangat tip-top. Bagaimana dengan tukang Melayu? JANGAN! Rugi kamu nanti. Orang Melayu bukan reti nak buat kerja cantik-cantik. Itulah yang sering saya dengar.

Bagaimana dengan pomen kereta dari kalangan Melayu? JANGAN.

Bagaimana dengan tukang pengubah suai dapur Melayu? JANGAN.

Bagaimana dengan kedai runcit Melayu? JANGAN. MAHAL.

Kadang-kadang perbezaan seringgit dua menjadi ukuran.

Saya bukanlah salah seorang yang boleh dikategorikan sebagai memihak kepada perkauman, tetapi ini adalah berkenaan dengan pilihan masing-masing. Hak peribadi. Mereka yang menggemari khidmat bukan-Melayu dengan hak mereka sendiri, begitu juga sebaliknya.

Tetapi apa yang membentuk pemikiran kita bagi memilih Melayu atau bukan-Melayu? Bukankah kita bercakap tentang double-standard? Segalanya adalah perception dan mungkin juga boleh saya katakan sebagai penjajahan dan kebergantungan kita pada orang lain.

Saya suka membeli bawang goreng di kedai Melayu sekitar Indera Mahkota kerana perkhidmatannya lebih baik berbanding kedai bukan-Melayu yang dikunjungi sebelumnya!

BullionVault: Cara Meniaga Emas Online

Artikel ini akan membuat pendedahan tentang peluang untuk memulakan perniagaan emas secara online. Sebelum itu, suka saya menyebutkan bahawa BullionVault ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan skim cepat kaya emas, atau apa-apa skim pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan mudah. BullionVault adalah mekanisme perdagangan, urusan jual dan beli, melibatkan untung dan rugi.

Skim-skim Yang Diragui Ketelusannya

Berkemungkinan besar, anda sebagai peminat emas pernah terjumpa dengan beberapa skim pelaburan emas samada secara online atau offline. Saya tidak mahu mengupas panjang tentang skim-skim berkenaan, tetapi pada pendapat saya, mana-mana skim yang menjanjikan pulangan mudah adalah “sangat-sangat berisiko”. Kebiasaannya pulangan mudah adalah umpan untuk anda menyerahkan wang kepada pihak-pihak berkenaan.

BullionVault Sebagai Mekanisme Perdagangan Emas

BullionVault.com dijalankan oleh sebuah syarikat dari UK iaitu Galmarley Limited. Pengasas syarikat ini ialah Paul Tustain. BullionVault memberi peluang capaian mudah kepada harga emas terendah untuk beli, dan harga tertinggi untuk penjualan.

Konsep BullionVault (BV) ini agak mudah.

1. Anda membuka akaun.
2. Anda membuat transaksi (jual/beli) percubaan menggunakan 1 gram emas PERCUMA yang dibekalkan.
3. Setelah berpuas hati, anda mendepositkan akaun currency anda di BV.
4. Membeli emas di mana-mana 3 vault iaitu New York, London atau Zurich pada harga terendah. Vault ini adalah tempat di mana emas anda disimpan.
5. Menjual emas di vault yang sama pada harga tertinggi.
6. Langkah 4 & 5 diulang untuk membuat keuntungan.

Sudah tentu, lain orang lain caranya. Mungkin ada orang yang suka membeli dan menyimpan emas iu dalam jangka masa panjang. Apapun, BV adalah cara paling mudah untuk seseorang melibatkan diri dalam perniagaan emas.

Alternatif Lain Perdagangan Emas

Beberapa alternatif yang ada di Malaysia ialah:

1. Menggunakan akaun simpanan emas (Public Bank/Maybank/Ambank).
2. Jual/Beli Syiling Kijang Emas (Maybank/CIMB).

Anda yang berminat boleh mendaftar BullionVault di sini.

MyZenAlbums 1.2 – Fixed Undisplayed Thumbs

It is a long break since I last workout on MyZenAlbums. This a simple WordPress plugin to display latest ZenPhoto albums in your wordpress. I noticed that th older version did not handle non-digits & non-alphabetical image names correctly – exactly on the thumb generation part.

Yes, it has been fixed. Download 1.2 version here.

Kuantan Memang Berseni

Jika anda bertandang ke Kuantan, jangan lupa untuk melawat tempat-tempat menarik seperti Muzium Tokoh, Muzium Sungai Lembing atau Muzium Pekan. Tempat-tempat ini merakamkan seni warisan rakyat untuk tatapan generasi akan datang. Orang Melayu hidupnya berseni dari banyak segi, contohnya untuk membuat binaan rumah. Ada jurus-jurus ilmu yang perlu dipelajari tentang laluan angin, arah kiblat dan sebagainya… bukan setakat masyarakat Cina saja yang ada fengshui nya.

Selain itu seni warisan Melayu ada pada lagu-lagu rakyat dan asli, pada lok keris dan pada gerak langkah silat. Seni Melayu juga dizahirkan pada lukisan batik yang telahpun memecahkan pasaran antarabangsa.

Tetapi seni lukis pada body kereta… dari mana asalnya? Apa yang diperlukan untuk melukis senang sahaja, sebuah kereta dan sebentuk kunci atau sekeping duit syiling. Seni jenis ini berasal dari hati yang kurang baik.

Selesai raya, apa yang tinggal?

Jika anda adalah pemandu dari negeri pantai timur menghala ke KL, anda faham apa makna nya kesesakan jalan raya di musim perayaan. Khabarnya pengguna jalan raya di lebuhraya Karak terpaksa beratur 10Km. Jauh tu!

Tapi saya lebih bernasib baik kerana memilih untuk ke KL melalui Gua Musang-Cameron Highlands-Simpang Pulai. Walaupun jalan Simpang Pulai-CH tidak seindah yang diimaginasikan dan baby menangis sepanjang jalan berkenaan, saya tetap rasa bersyukur kerana memilih laluan berkenaan. Laluan 2 lane di highway PLUS nampaknya tak cukup untuk menampung traffic, jadi ada yang terpaksa mencuri-curi memotong di laluan kecemasan.

Kebanyakan paper hari ini melaporkan beberapa kemalangan yang berlaku sepanjang raya. Sedih kerana ada kanak-kanak jadi yatim piatu, tetapi lebih sedih kerana kemalangan berlaku atas sebab memandu laju!