BullionVault: Cara Meniaga Emas Online

Artikel ini akan membuat pendedahan tentang peluang untuk memulakan perniagaan emas secara online. Sebelum itu, suka saya menyebutkan bahawa BullionVault ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan skim cepat kaya emas, atau apa-apa skim pelaburan emas yang menjanjikan keuntungan mudah. BullionVault adalah mekanisme perdagangan, urusan jual dan beli, melibatkan untung dan rugi.

Skim-skim Yang Diragui Ketelusannya

Berkemungkinan besar, anda sebagai peminat emas pernah terjumpa dengan beberapa skim pelaburan emas samada secara online atau offline. Saya tidak mahu mengupas panjang tentang skim-skim berkenaan, tetapi pada pendapat saya, mana-mana skim yang menjanjikan pulangan mudah adalah “sangat-sangat berisiko”. Kebiasaannya pulangan mudah adalah umpan untuk anda menyerahkan wang kepada pihak-pihak berkenaan.

BullionVault Sebagai Mekanisme Perdagangan Emas

BullionVault.com dijalankan oleh sebuah syarikat dari UK iaitu Galmarley Limited. Pengasas syarikat ini ialah Paul Tustain. BullionVault memberi peluang capaian mudah kepada harga emas terendah untuk beli, dan harga tertinggi untuk penjualan.

Konsep BullionVault (BV) ini agak mudah.

1. Anda membuka akaun.
2. Anda membuat transaksi (jual/beli) percubaan menggunakan 1 gram emas PERCUMA yang dibekalkan.
3. Setelah berpuas hati, anda mendepositkan akaun currency anda di BV.
4. Membeli emas di mana-mana 3 vault iaitu New York, London atau Zurich pada harga terendah. Vault ini adalah tempat di mana emas anda disimpan.
5. Menjual emas di vault yang sama pada harga tertinggi.
6. Langkah 4 & 5 diulang untuk membuat keuntungan.

Sudah tentu, lain orang lain caranya. Mungkin ada orang yang suka membeli dan menyimpan emas iu dalam jangka masa panjang. Apapun, BV adalah cara paling mudah untuk seseorang melibatkan diri dalam perniagaan emas.

Alternatif Lain Perdagangan Emas

Beberapa alternatif yang ada di Malaysia ialah:

1. Menggunakan akaun simpanan emas (Public Bank/Maybank/Ambank).
2. Jual/Beli Syiling Kijang Emas (Maybank/CIMB).

Anda yang berminat boleh mendaftar BullionVault di sini.

8 thoughts on “BullionVault: Cara Meniaga Emas Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *