Cerita kereta sewa Kuantan

Semalam bertemu seorang kenalan baru, Tuan Khaidir namanya. Seorang businessman, masih muda dan ada visi bersara mencapai umur 40 tahun. Perkenalan atas sebab urusan jual beli property. Alhamdulillah semalam selesai bab serah kunci. Semoga penjual dan pembeli mendapat keredhaan dari usaha masing-masing.

Dalam tempoh singkat bercerita, saya dapat belajar beberapa perkara juga. Tuan Khaidir adalah pemilik perusahaan Khaimal Travel & Tours yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Kuantan (dan daerah-daerah lain dalam Pahang) dan juga di Kelantan (Kota Bharu, Pasir Puteh dsb).

Jadi beliau ada sebut tentang SEO (Search Engine Optimization). Kiranya tengah mencari-cari siapa yang dapat bantu untuk letakkan business beliau ke tangga pertama carian internet bila di cari “kereta sewa Kuantan”. Wow!

Secara jujurnya saya tidaklah pakar dalam urusan SEO, jadi saya berminat untuk belajar lebih lanjut. Basic SEO memang dah ada dalam WordPress, dengan bantuan dari beberapa plugins, dan juga content optimization – saya rasa perkara di atas boleh dicapai.

Sudah tentu faktor-faktor lain perlu diambil perhatian, contoh posting di Facebook dengan permisi public dan juga penghasilan video Youtube, selain menambah perkhidmatan yang disediakan ke senaraian Google business.

Selamat maju jaya kepada Tuan Khaidir, bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kereta sewa sekitar Kuantan, Kota Bharu atau daerah-daerah lain di Pahang dan Kelantan, bolehlah hubungi beliau di talian 012-7857271 atau lawat laman web www.khaimalcarrental.com.

Shopping di DDShop.Online:
- gadget murah
- barang rare
- F&B halal Muslim
Lawat DDShop.Online dan alami pengalaman BARU!

Leave a Comment