Melaka 750+7 Golf Open 2019 Part 2

Hari ni Insyaallah sambungan kedua review Melaka 750 Golf Open dapat disiapkan. Biar saya jelaskan terlebih dahulu, tujuan riview ini hanyalah sebagai maklumbalas ke arah kebaikan. Tidak ada niat lain. Bahagian pertama ada di sini.

Pada hari kedua kami bermain di Orna Golf & Country Club. Cuaca memang kering jadi kami tak harap pun untuk bermain di fairway hijau dan lembut. Agak-agaklah musim kemarau ni.

Tapi kejutan pertama adalah semasa sesi pendaftaran. Semasa nak ambil goodies, saya dimaklumkan hanya size XL yang tinggal. Size lain telah habis. Jadi saya terfikir, untuk apa size baju peserta diambil semasa tempoh penyertaan dulu? Jom kita analisis beberapa kemungkinan yang berlaku lantas mewujudkan suasana ‘saiz dah habis’ ini:-

1. Mungkin penganjur memang buat baju tidak mengikut saiz yang diberikan oleh peserta. Katakan terdapat seramai 1000 peserta. 200 peserta size S. 400 peserta size M. 100 size L. 50 size XL. 250 size XXL. Jadi oleh kerana mungkin penganjur hilang statistik size baju peserta, maka dibantainya buat size S sebanyak 100 helai, 900 lagi buat XL. Kalau ini kesnya, maka tak patutlah penganjur buat kerja macam ni, macam tak pandai.

2. Kemungkinan juga memang penganjur buat ikut size seperti tempahan, tapi pada hari pertama, ramai peserta yang minta tukar size. Ada kah kes ini yang berlaku? Kalau benar, lagi sekali memang penganjur tak patut benarkan orang tukar size sesuka hati. Kalau dia kata tak boleh pakai sekalipun, lantaklah, dalam form pendaftaran dah tulis size apa yang dia nak. Penganjur mesti hormati hak peserta lain. Apa perasaan anda bila dah bayar RM300 untuk main golf dan goodies, bila datang kita dapat ayat “baju size XL je yang ada”. Alahai, kami bukan datang main free ya. Ini kejadian benar berlaku di Orna Golf & Country Club.

Ok lah kita move on kepada perkara lain. Dari segi permainan, pada hari kedua juga memang tidak ada novelties. Malang sekali.

Sebelah petang telah diadakan sesi minum petang dan acara penutup. VIP adalah TYT sendiri. Sesi petang dalam keadaan baik cuma ada cakap-cakap seperti:-

1. Makanan tak sebanyak dulu, tapi bagi saya sendiri tak menjadi masalah. Saya makan apa yang ada sahaja.

2. Pengacara majlis straight to the point, buat cabutan dan bagi hadiah. Kalau dulu ada pantun. Tapi tak apa bab pantun tu.

Yang tak OK adalah bila hadiah grand lucky draw diberi kepada peserta OB. Woi mana aci? Nama peserta Jepun dipanggil untuk hadiah kereta Axia, tapi tuan badan tak ada kat situ. Tapi dia tetap dikekalkan sebagai pemenang. Kiranya orang lain yang hadir tu tak penting lah. Boleh jadi next year kita semua boleh balik tanpa hadir ke acara penutup sebab OB pun boleh dapat grand luck draw.

Bila balik Kuantan, jumpa seorang golfer. Saya buat-buat tanya je.

“Amacam pro, OK ke main di Melaka?”

“Tak OK pro. Tahun depan mungkin aku tak pergi dah.”

Saya tak pasti, kawan tu tak nak pergi sebab game dia hancur kat sana, atau tak puas hati pasal apa.

Sekian review berkenaan Melaka 750+7 Golf Open 2019, sebagai maklumbalas ke arah kebaikan.

Majulah sukan golf untuk semua.

Shopping di DDShop.Online:
- gadget murah
- barang rare
- F&B halal Muslim
Lawat DDShop.Online dan alami pengalaman BARU!

Leave a Comment