Sebenarnya saya telah menyiapkan laman Nama Bayi Islam ini beberapa bulan yang lepas. Oleh kerana kesibukan yang berpanjangan, maka tidak berkesempatan pula untuk menulis barang sedikit mengenainya. Malam ini saya agak lapang dan teringat tentang laman ini yang agak tersorok dari pengetahuan umum. Harapnya PR dari blog dapat membantu sedikit sebanyak carian tentang nama bayi Islam berkenaan.
Apa kelainan yang saya timbulkan dalam laman Nama Bayi Islam ini? Kita kerap menemui laman-laman nama bayi Islam dan perkara ini memang bagus, cuma bagi saya, kekurangannya adalah dalam bab mencari. Maknanya sekiranya saya suka nama anak perempuan saya ada kaitan dengan keindahan, ada kaitan dengan solehah, berbudi dan sebagainya, bagaimana caranya saya mendapatkan nama yang sebegitu?
Kebiasaannya kita hanya dihidangkan dengan senarai nama, dan senarai maksud. Tetapi di laman Nama Bayi Islam yang telah saya siapkan ini, terdapat satu fungsi carian yang membenarkan pelawat mencari nama bayi mereka berdasarkan makna yang diingini. Contohnya, sekiranya inginkan nama berkaitan kecantikan dan keimanan, maka apa yang perlu saya buat ialah memasukkan kata carian cantik,iman ke dalam kota carian. Senarai nama yang berkaitan akan dipamerkan dengan segera.
Tak cuba tak tahu, silakan ke Nama Bayi Islam.
aidilhasmadi..... 01/08/2017 at 9:29 pm
Apa maksud nama airiel atau airil
mariam 10/07/2013 at 4:17 am
Salam…Saya nak tahu maksud mukhriz…anak2 Dahl 3 minggu lahir kasih belum jumps nama
Basri MY 10/07/2013 at 7:08 am
Tuan boleh cuba link ni:
http://www.namaislam.ecom.my/index.php?str=mukhriz
fieza 15/05/2013 at 1:01 pm
salam….saya nk tahu mksud name shaiful azuan…thnks…
fieza 14/05/2013 at 6:58 pm
Assalamualaikum….saya nk tahu maksud nama nie…Shaiful Azuan..Thnks…
zara amelia 28/12/2012 at 12:25 pm
saya nk tahu maksud nama ini.. kyra nuha safiya.. tq
zara amelia 28/12/2012 at 12:24 pm
tlg saya cari maksud nama ini… utk anak yg bakal lahir mac 2013. kyra nuha safiya. tq
ismail 10/05/2012 at 2:26 am
Salam dari saya…minta tlg carikan maksud nama Irfan Mukhriz..salam terima kasih dr saya Tq
wawa 26/04/2012 at 12:12 pm
bole btau mksud nm syakieb selain daripada nm tokoh islam…
ct 20/01/2012 at 4:54 pm
Assalam..
bleh saya tahu apa makna nama Qalesya?
nama bayi 18/11/2011 at 2:51 am
thks for sharing the information. very useful post. regards.
nazrin 31/08/2011 at 5:51 pm
i like
Wan Norhasliza 23/02/2010 at 3:59 pm
Asm
Boleh saya tahu makna Qalesya, saya cadang nak letak nama anak Nur Dini Qalesya, tq.
fakhzan 02/02/2010 at 1:46 am
nak maksud nama2 berikut :-
airiel zidane
amir mukriz
ammar farris
tlg sy…bayi akan lahir seminggu lg
riana 26/01/2010 at 10:39 am
tolong cari maksud nama ini dalam islam
mazuin normaizura 23/01/2010 at 2:15 pm
saya ingin tahu makna mazuin normaizura.
PakciQue 13/01/2010 at 3:47 pm
Tahniah!!
shahrul 29/05/2009 at 2:38 pm
Salam, satu usaha yg bagus menerbitkan nama2 Islam dan saya suka cara carian tu.