Poliklinik Abi – Pekan dan Tanjung Lumpur, Kuantan

Saya sempat berkenalan dengan Dr. Fakhrul, pemilik Poliklinik Abi di Tanjung Lumpur, Kuantan. Poliklinik Abi ada satu lagi cawangan di Pekan. Dr. Fakhrul seorang doktor muda, tetapi saya kagum dengan semangat dan wawasan beliau. Beliau percaya teknologi hari ini dapat membantu usahawan muda mencapai kemajuan yang diinginkan.

Dalam satu perbualan, beliau ada memaklumkan kesukaran untuk beliau mengiklankan perkhidmatan yang disediakan menggunakan media sosial disebakan oleh polisi yang ada dalam profesyen beliau. Sebagai contoh, Dr. Fakhrul tak dibenarkan untuk mengiklankan perkhidmatan rawatan sakit lutut di kliniknya. Tidak boleh iklan melalui Facebook atau banner. Wow.. business yang tak boleh beriklan, sudah tentu amat mencabar terutamanya bagi yang baru nak bermula.

Saya berharap Dr. Fakhrul diberikan kekuatan untuk terus berusaha. Kepada anda yang berada di sekitar Kuantan atau Pekan, bolehlah datang untuk menyokong Poliklinik Abi untuk rawatan sendiri atau keluarga. Nombor telefon Poliklinik Abi 09-5348333.

Ini lokasi Poliklinik Abi Tanjung Lumpur:

Ini lokasi Poliklinik Abi Pekan:

Leave a Comment