Swiss Garden International Vacation Club (SGIVC) – apa pendapat anda?

Saya baru balik dari perjumpaan bersama beberapa orang promoter SGIVC di Swiss Garden Kuantan. Ini adalah hari yang sangat bersejarah kerana terbukanya hati saya untuk menghadiri sesi promosi ini. Kumpulan promoter ini telah berpuluh kali (ya sungguh… berpuluh kali) menghubungi saya sebelum ini tetapi tidak pernah saya endahkan. Sehinggalah dihubungi oleh seorang promoter minggu lepas namanya Mira. Sebenarnya bukanlah kerana Mira, tetapi kebetulan saya sedang terfikir nak bawa ke mana anak-anak jalan-jalan hujung minggu, alang-alang nak pantai..so kira jadi sajalah hari Ahad pukul 5.00pm. Lagipun kata Mira, dia nak berikan saya voucher percuma penginapan di Swiss Garden KL, Kuantan atau Lumut. OK good deal, bawa jalan anak-anak ke pantai dan dapat voucher percuma. Why not. Cuma ‘harga’ yang perlu dibayar ialah meluangkan masa selama 45 minit untuk mendengar promosi terkini mereka. Saya agak dapat menduga jenis promosi apa yang akan dijalankan, jadi saya berterus-terang sahaja dengan Mira bahawa saya tidak akan membuat sebarang pembelian ataupun pembayaran. Setuju.

Selepas seminggu, phone berdering dan panggilan dari Mira mengingatkan temunjanji esok. Keesokannya, ada panggilan lagi kali ini dari orang lain namanya Fiza, mengingatkan tentang temujanji petang ini. Saya tetap saja mengingatkan mereka untuk tidak mengharapkan saya membayar apa-apa, kerana saya ke sana untuk tujuan mengambil voucher percuma itu sahaja. Setuju.

Jadi saya telah hadir, dijemput oleh Fiza di lobi hotel. Dibawa ke satu bilik perbincangan dilengkapi beberapa meja bulat. Beberapa meja telah sedia dipenuhi oleh keluarga lain, masing-masing dengan promoter yang sibuk menerangkan tentang sesuatu. Fiza membawa saya dan keluarga ke satu meja kosong, diminta mengisi borang pengeluaran voucher. Apa yang menarik, saya perlu mengisi lebih kurang 7 nama rakan-rakan berserta nombor telefon mereka dalam borang ini. Saya kira inilah tukarannya. Voucher ini tidak percuma, ia ditukar dengan masa promosi selama 45 minit dan 7 nama prospek baru. OKlah, sekurangnya saya tidak perlu bayar apa-apa.

Seterusnya saya diberi penerangan oleh seorang promoter lain bernama Kak Nor. Sopan dan berpengalaman orangnya. Secara dasarnya SGIVC ini menjual keahlian yang mana ahli boleh melancong ke serata dunia dengan penginapan percuma di hotel-hotel yang disenaraikan. Jumlah hari adalah 7 atau 14 hari setahun, bergantung kepada pemilihan pakej dan jumlah bilik dalam sehari. Saya mendengar dan menjawab dengan sabar, sebab Kak Nor menerangkan tentang benefit dan sebagainya, tetapi tidak menerangkan tentang persoalan paling besar yang saya nak tahu iaitu harga pakej. Sepanjang perbualan, saya ada bertanya sekali tentang harga tapi Kak Nor ini orang yang berpengalaman, jadi dia tak jawab secara langsung sebaliknya berpusing-pusing pada perkara lain. Ini adalah satu teknik penjualan, melambatkan info tentang harga sehingga pelanggan meron-ronta nak tahu harganya. Masa itulah yang terbaik untuk push dan close sales. Tapi Kak Nor tak tahu, saya dah 14 tahun dalam bidang jualan (bukan riak!), sedikit sebanyak teknik-teknik ni saya dapat hidu. Jadi saya biar sahaja Kak Nor dengan ceritanya, sehinggalah dia sendiri yang bertanya jika saya berminat nak tahu tentang harga. Dan akhir sekali Kak Nor minta IC saya untuk dia keluarkan voucher seperti yang dijanjikan. Sehingga voucher dikeluarkan, harga pakej masih juga tidak dibincangkan dan Kak Nor bertanya adakah saya masih berminat nak tahu tentang harga. Sudah tentu, alang-alang saya ke sini biarlah saya dapat maklumat penuh.

Datang pula promoter yang lain (maaf tak ingat nama) bercerita tentang harga. Ringkasannya begini:

Pakej Gold
Harga: RM28,000
Diskaun: RM8,000
Bersih: RM20,000
Deposit: RM2,000
Balance: RM18,000 di bayar secara ansuran selama 4 tahun iaitu RM375 sebulan.

Jika deposit hanya RM2,000 hari ini perlu ambil masa selama 1 tahun sebelum boleh gunakan facility di luar negara. Jika deposit RM6,000 boleh terus guna membership di luar negara.

Jika pakej Gold agak mahal, ada pakej yang lebih murah iaitu:

Pakej Starter
Harga: RM20,000
Diskaun: RM10,000
Bersih: RM10,000
Deposit: RM1,000
Balance: RM9,000 di bayar ansuran selama 48 bulan iaitu RM187.50 sebulan.

Beza di antara kedua pakej ini ialah untuk pakej starter, anda cuma boleh bercuti selang 2 tahun.

Sampai di sini, saya berterus terang kepada promoter saya tidak nampak sebarang value untuk saya bersetuju dengan keahlian yang ditawarkan. Mungkin saya tidak memerlukannya buat masa sekarang.

Tadi saya telah melakukan carian Google berkenaan SGIVC, dan berikut perbincangan laman web lain yang mungkin anda berminat untuk tahu:-

http://dinainul.blogspot.com/2009/07/sgivc-swiss-garden-international.html
http://sossgivc.blogspot.com/
http://myvacationclub.blogspot.com/2008/05/swiss-garden-vacation-club.html
http://untuqsemua.blogspot.com/2012/11/pengalaman-telemarketing-bersama-swiss.html
https://www.facebook.com/pages/Victim-of-Swiss-Garden-International-Vacation-Club-Malaysia-SGIVC/351053848267229

Saya tidak ada sebarang komen negatif atau positif berkenaan perkara ini, perkongsian info ini hanyalah sekadar pengalaman persendirian.

Shopping di DDShop.Online:
- gadget murah
- barang rare
- F&B halal Muslim
Lawat DDShop.Online dan alami pengalaman BARU!

101 Comments

  1. Saya dh jadi member sejak tahun 2004.. Disini saya nk listkan beberapa kelemahan pakej ini.
    1. Servis charge makin meningkat – awal dulu dlm rm180+ saja dan skrg thn 2019 dah jadi rm420. Dgn harga tu kita boleh dapat 2,3 hari menginap di hotel lain.
    2. Bilangan hotel semakin kurang, dulu janji bil hotel akan bertambah, mmg betul bertambah tp ahli bukan dapat pun, tetap kena bayar.
    3. Susah nk booking waktu cuti skolah – selalu penuh jer.. Kita ni cuti lah baru nk bawak anak berjalan..
    4. Kualiti bilik yg semakin berkurang, pernah dpt bilik yg dh tumbuh kulat pun.. Besar2 kulatnya . Abihtu duit servis utk apa?
    So siapa2 yg nk terima pakej ni pikir lah banyak2 dulu sblm menyesal kemudian hari. Skrg pun dh banyak app yg boleh tolong kita cari hotel yg sesuai dgn masa dan budget kita..

  2. sekarang baru nampak BETAPA RUGINYA menjadi ahli sgivc.

    sangat sukar membuat tempahan terutama KL, KUANTAN , HOTEL RESORT DAMAI LAUT mengikut masa cuti sekolah (yg plg sesuai utk bw anak2).
    ingatkn ahli diberi keutamaan.

    maintenance fee semakin mngkt.
    bilik sentiasa full ( sehingga hjg tahun dh full booking!)

    so, apa benefit jd ahli?

    1. Latest… Swiss garden hotel damai laut dh x masuk dlm list utk member.. Cuma dpt apartments jer… This is too much…

  3. X yah la join…benefit makin kurang. Hotel local makin skit…semua under rental and tak leh utilised entitlement.
    Breakfast voucher yg dlu boleh utk 3 dewasa atau 2 dewasa 2 kanak2 dah mansuh terus.
    Maintenance fees tahunan, naik setiap 1-2 tahun.
    Baik simpan duit, book je hotel online. Cheaper dan jangan risau pasal harga hotel kat Malaysia…masih competetive.

  4. saya juga nak jual membership platinum sebab tempat sangat terhad. berminat hubungi saya 0132076337

  5. saya ada temujanji dgn mereka hari ni dan esok. tergerak hati nak google. jd sekarang baik tak payah ambil risiko. biarla biashe biashe jer

  6. SGVC cerita indah time nak suruh kita joint..
    Tapi bila dah join . dah settle semua . outstanding mentainance fees tak sampai Rm 350 tak da siapa pun sorang credit department nak inform , alasan kata dah email & sms .. tak kanlah kita tak ambil action .. selama ni bayar 18k tanpa pending pun. Saya rasa kalau ada kalangan tuan yg pending pasti dia orang call suruh continue.. bayar bulan2..

    Dalam kase saya duit 18k dia dah dapat so tunggu nak terminate orang.
    Mostly orang melayu yg joint. Yang admin pun orang melayu

    Itulah pengalaman ..sebenar
    Walau masa nak join tu aku hanya pakai keta buruk Toyota Le .
    usaha jugak nak merasa duduk hotel bawak anak2 semasa kecik.
    Dengan tempreture enjin panas.. berhentilah tepi jalan dulu, dengan tingkap kereta tiris time hujan beganjaklah semua ketengah sambil tahan dengan kain.
    Sweet memory tu tetap ada…

    Dah cuba mohon reistake tak juga boleh..
    Mungkin bukan rezeki saya.. ralat tetap ralat coz 18k bukan jumlah yg sikit pakai tak sampai 10 tahun
    So .. ambil iktibar
    lepas ni becuti pakai Trivagolah … banyak pilihan

    1. saya pn mengalaminya… bru 9 tahun pakai.. sepatutnya 30 tahun kn.. tiba2 xda inform apa diorang dj terminate ja sbb lewat bayar maintance fee rm500++.. xda surat atau call.. just email ja reminder payment letter.. bila call tnya xnk layan sbb dh terminate mmbership… dh la pakej full platinum.. penipu betol la..

      1. Saya kes sama. Jawapan mereka “ada dlm agreement yg encik sign. Saya tak boleh buat apa, Saya makan gaji jer. En.buleh cuba adu pada kpdnkk or engage lawyer”. Ada sesiapa yg dah cuba adu ke kpdnkk or engaged lawyer? Please share outcome. Sbb saya sdg fikir kan cara terbaik untuk dapat atasi perkara ni

  7. Saya sudah joint SGIVC sejak 2016. Mula2 tu nampak banyak juga tempat2 menarik luar negara utk melancong, tapi sejak akhir2 tahun 2018 banyak tempat sudah di buang dari senarai melancong. Mengapa begitu? Adakah SGIVC sudah tidak mampu lagi bertahan? Kalau SGIVC sebuah club yg hebat dan berkemampuan tentunya akan menambah banyak lagi destinasinya. Ini semakin berkurang. Yang saya tidak berpuas hati ialah pemilihan destinasi yg di beri oleh SGIVC. Destinasi yg ada tidak menarik dan menyusahkan. Sebagai seorang muslim memang menyusahkan jika melancong ke Manila, Cebu, Bali, Goa kerana tempat2 tu hanya ada kuil, tokong, candi dan makanan tak halal. Harap pihak SGIVC lebih perihatin kepada ahli2 club yg sentiasa memberi sokongan. Akhirnya ramai ahli yg akan kecewa yg mana merugikan samasekali pihak SGIVC. Sekian, sekadar pandangan saya.

    1. Join member pada tahun 2012..Member club sangat teruk … sebelum bayar..minta apa apa pun boleh tapi selepas bayar ini tak boleh itu tak boleh memang menyampah betul… Bilik yang provide utk member pun teruk…boleh di katakan low standard. So harap jangan terperangkap.

  8. salam,

    ada sesiapa tahu cara utk tamatkan keahlian sgvi ni.
    rasa rugi sbb xguna sgt kemudahan dia.
    sy dah 5 bulan jadi ahli.

    kalau ada yg nak beli kad saya boleh email 74jutawang@gmail.com

    tkasih.

  9. Salam, sesiapa yg berminat beli nak Platinum membership (tamat Dis 2032) blh whatsapp saya – 0193359226.
    Saya sesekali saja guna sekarang tapi selalu jual entitlement kpd pelanggan tetap.

  10. Sesiapa yang berminat nak beli entitlement nights saya atau Pakej saya Gold Full boleh contact saya 0122093923

  11. Alhamdulillah.. Mujur baca info dlm ni.baru dpt call suruh ambil vaucer kat hotel.Kalau pegi dan terjoin mesti akn tress mcm org2 yg komen dalam ni.

  12. (Sambung bayar)Saya nak jual kad membership ni rm3500 harga blh bincang..ada baki 30bulan utk sambung byr,tahun ini ada baki 5malam baki boleh digunakan.pakej gold 7mlm boleh guna hingga 30thn,tarikh last offer 30/7/2018 .. kalau tiada mahu kami terminate..

  13. Kesal beli. Yuran maintenace tahunan terlalu tinggi. Kerap kali yuran ini dinaikkan. Susah booking pada tarikh yang kita perlukan terutama cuti sekolah. Maka kelayakkan hari bercuti akan lesap kerana tidak dapat digunakan.Kalau dapat pun bilik yang kurang menarik dari segi pemandangan.

    1. Betul apa Ravi kata. Nak booking masa cuti sekolah susah betul. And yuran still kena bayar. Contoh Swiss Garden Residence kat KL,. Ada 2 tower di mana satu ada rasanya 33 tingkat. Yang reserve untuk member hanya satu tower dan tiga floor sahaja!! Patutlah berebut booking. Kedekut betul padahal duit dah bayar in advance. Dan kalau nak booking dua unit tak boleh booking awal, kena tunggu 2 minggu sebelum and memang tidak akan ada. Lagi satu pernah terpaksa booking hotel ini tanpa melalui Club dan dapat bilik lagi elok di non member floors

    2. Saya dah settle semua tanoa sebarang kelewatan bayaran. . Than di kisahkan bila nak booking tak boleh .pada bulan July 2018. yg terakhir disember 2017
      Bila chek out , keahlian dah revoke sebab maintenance fees. Walhal saya tak ada dapat makluman email or surat . Saya yg bekerja dgn bank pun ada call personally client kalau ada sebarang tungakan .
      Bagi saya SGI tak professional bila call terus jawab tak boleh bila saya buat surat rayuan pun tiada jawapan.
      Kalau selagi tak .. bayar bayaran bulanan sanggu dia orang call rayu untuk sambung .. cita dari kawan . Once dah settle tunggu ada mistake jeh.

    3. Rasa mcm tertipu.masuk skim mlm….waktu nak ajak join membership,waaaa..bukan main kate ini boleh itu boleh mcm mcm…now nak booking pun,weekend tak boleh….since when friday jadi weekend pun tak tau!…memang mcm tertipu!ingat kami seorng je rasa mcm tu,bila jumpa member lain,also cakap benda yang same !memang bazir duit!!!!!geram!!!

  14. elok terminate melalui pengalaman saya. biar rugi sikit jangan rugi banyak . ini semua penipuan jer . baca klaus dalam contract. mereka boleh terminate ahli kalau tak bayar lagi maintenance fee tahunan.

    TERBARU>
    SAYA PAKEJ PLATIUM SEJAK 2004
    BANYAK ENTITLEMENT YANG TAK DIGUNAKAN.
    TETAP BAYAR ANNUAL MAINTANENCE FEE SETIAP TAHUN
    2016 ni. AKAUN SAYA DIBATALKAN HANYA KERANA LAMBAT BAYAR ANNUAL MAINTAINENCE FEE SELAMA 13 HARI DARI TARIKH AKHIR PEMBAYARAN 30 SEPTEMBER 2017.

    BILA DITANYA SEJAK TUKAR MANAGEMENT BARU MMG COMPANY AKAN TERMINATED JIKA LAMBAT BAYAR.

    MEREKA KATA ADA TERTULIS DALAM AGG> ADA SESIAPA YANG BOLEH BAGI PENCERAHAN ATAU YANG TERKENA SAMA SEPERTI SAYA?

    SAYA RASA SANGAT UNFAIR. KITA BUKAN BAYAR SERIBU DUA. KITA BAYAR PULUH RIBU. YANG RAMAI KENA TIPU ORANG MELAYU.

    1. Menang un fair.. tak professional langsung tak dapat makluman dari email atau
      atau pun personal calling .
      Saya yg keja bank pun akan call untuk makluman even Astro kalau ada tetungak
      Rm 6.30 pun ada akan inform.
      Very2 fustated. walhal sepanjang tempoh pembayaran tak penah pun delay selama 4 tahun sampailah settled.

  15. Dulu mase hari belia ade jgk mcm ni..tp aku trs ckp aku nk yg free je..die ckp ok tp kne dgr die bebel dlu la psl pakej2 diorg..dkt 30min jgk la..tp ok la dpt free 3d 2n gi langkawi..aku pn dh lpe nme company tu..

  16. SURAYA….

    Saya ada pengalaman seperti yang awak nyatakan…tapi sekarang alhamdulillah masalah dah selesai…jika berminat nak tahu penyelesaiannya…sila hubungi saya…

    Terima kasih.

    anahash842@gmail.com

  17. Kenapa laa xbaca blog2 dlu sblum ambk hari tu..baru lg sign up 15/9/17..sempat lg nak refund kan?? Dah byar rm1590 depo..Lepas ambk baru rasa xsedap hati n try google pasal sgivc ni..xberkat gaji promoter kalau menipu org mcm ni..ckp ngn layanan mse suh ambk tip top gle..siap ambk baby kt tlg pegang time dgar talk..bgthu yg nice2 je..lsung xde yg bruk..ya Allah selamat kan kami dari tipu helah dunia dan dr org2 munafik

  18. Sorry… I don’t know Malay… but from the posts, it seems it is members pouring out their grievances about the club. It is no different from my timeshare which has its own set of issues.

    Anyway, to cut to the point….. I’m tired of going to the same places every year and I should believe that the members in my timeshare share the same feeling. Therefore, I was thinking … what if we trade our entitlement days with each other. (cross trade and bypass the timeshare exchange companies)

    BTW, I’m from Berjaya Vacation club and we have quite an active member community. Therefore, if you’d like to exchange, let’s start the ball rolling.

    Please send emails to evadnoow@gmail.com and start the conversation.

    Cheers

  19. Menyesal beli membership sgivc ni… pujuk kita manis mulut… lembut gigi dari lidah… dh beli.. nk booking susah… memanjang penuh. Kdg2 burn je entitlement… alasan2 yg di bagi x logic langsung

    1. ada juga yang berminat nak membeli dari RCI..dengan harga yang lebih tinggi..boleh deal dengan pihak RCI..

Leave a Reply to Fadzil Cancel reply