Tak jual Android box

Tahun-tahun sebelum ini saya ada buat beberapa posting berkenaan Android box. Itu berlaku sebelum saya sedari penggunaan Android box ini menyalahi undang-undang. Jadi sekarang biarlah saya jelaskan laman ini tidak lagi membuat sebarang coverage berkenaan Android box. Saya nasihatkan pelawat-pelawat juga mematuhi arahan dari pihak berkuasa untuk kebaikan semua pihak.

Mungkin ramai yang membuat carian Android box Kuantan akan menemui beberapa coverage dari artikel lama, sila abaikan dan ambil cakna bahawa penggunaan alat yang tidak disahkan oleh SIRIM adalah menyalahi undang-undang negara ini. Saya bukanlah lawyer untuk bercerita lebih lanjut kenapa Android box dikategorikan sebagai illegal, sila rujuk beberapa laman lain yang ada bercerita dari sudut akta yang digunakan, contohnya di AskLegal.my.

Ok saya telah menjalankan part saya dalam pendidikan masyarakat, harap pelawat-pelawat semua tahu apa yang harus dilakukan selepas ini.

Shopping di DDShop.Online:
- gadget murah
- barang rare
- F&B halal Muslim
Lawat DDShop.Online dan alami pengalaman BARU!

Leave a Comment