Unifi Mobile – speed test & load test

Maklumat dalam artikel ini saya compile khas untuk tujuan speed test dan load test. Speed test kita buat untuk tujuan nak kaji sejauh mana kelajuan yang disediakan oleh service provider di sesuatu lokasi, dalam kes ini di kejiranan saya di Kuantan. Apapun nombor yang keluar di screen speed test, adakah nombor itu sangat bermakna? Sejauh mana pentingnya kelajuan itu? Kupasan ini adalah pandangan saya sebagai seorang pengguna.

Sebenarnya untuk pakej mobile, apa yang lebih bermakna adalah bukan ukuran kelajuan dalam bentuk nombor seperti 10Mbps, 20Mbps atau 100Mbps, tetapi bagaimana perkhidmatan yang kita bayar itu memberi pengalaman kepada kita. Pengalaman bermain game online, pengalaman tengok Youtube, pengalaman tengok live streaming dan sebagainya – itulah nilai bagi perkhidmatan yang kita bayar.

Contohnya katakan Ali melanggan pakej mobile dari penyedia M. Bila buka Youtube video, dia boleh tengok video kegemaran tanpa masa menunggu untuk buffering, boleh tengok live video dan boleh juga main game tanpa gangguan. Kelajuan pakej Ali adalah 40Mbps.

Sementara itu Abu pula melanggan pakej dari penyedia U yang secara purata kelajuannya adalah 20Mbps. Tetapi seperti Ali, Abu juga dapat menonton video tanpa gangguan, dapat bermain game PUBG tanpa masalah, boleh dengar live streaming dari UAI juga.

Abu dan Ali sama-sama gembira dengan pengalaman masing-masing. Tetapi Ali bayar lebih sikit untuk kelajuan 40Mbps berbanding Abu, tetapi keduanya mendapat pengalaman penggunaan yang sama. Agak-agak anda, siapa sebenarnya yang lebih gembira di sini dengan penjimatan yang diperolehi?

Ok saya tak nak celoteh panjang lagi, berikut ini adalah keputusan speed test bagi perkhidmatan Unifi Mobile yang saya perolehi. Liputan yang saya buat test ini ialah LTE.

Cubaan pertama 20Mbps, kemudian saya cuba lagi dengan server lain jadi 18Mbps, kemudian 16Mbps, 14Mbs, 11Mbps, 11Mbps – jadi secara purata download speed adalah 15Mbps.

Saya sertkan juga video rakaman demo permainan online Call of Duty:

Kemudian di Facebook live streaming:

Kemudian melayan video di Youtube:

Untuk ketiga-tiga pengalaman di atas, saya boleh katakan ianya sangat baik. Jadi sekiranya anda sedang berfikir-fikir untuk migrate ke Unifi Mobile, boleh daftar saja di pautan ini sementara ianya ditawarkan pada harga promo RM59/sebulan.

Shopping di DDShop.Online:
- gadget murah
- barang rare
- F&B halal Muslim
Lawat DDShop.Online dan alami pengalaman BARU!

Leave a Comment