Ini gunanya Kad Mesra Petronas

Setelah bertahun-tahun guna Kad Mesra Petronas (ya saya tak pernah isi minyak di stesen lain) 2 hari lepas saya terdetik nak tebus mata yang terkumpul. Mata terkumpul ini diperolehi bila mengisi minyak, beli barang di Kedai Mesra atau promosi guna kad kredit di stesen Petronas.

Saya tak pasti berapa lama penggunaan kad ini, mungkin beberapa tahun. Tapi hasilnya saya dapat satu tangki penuh bernilai kurang lebih RM117 bersamaan 11,651 mata.

Cara nak tebus?

Swipe je Kad Mesra di pam minyak Petronas. Lepas tu bila pam dah ready isikan minyak ke tangki kereta anda secukup rasa.

Prev PostMoving to cloud PBX
Next PostTM Infoblast API (via web with PHP)

Leave a reply