2 lesen untuk jadi agen umrah

Berikutan banyak kejadian kes jemaah umrah yang terkandas, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia telah menetapkan syarat bahawa semua agen penganjur umrah perlu mendapatkan 2 lesen sebelum dibenarkan beroperasi. Perkara ini disyaratkan bermula 1 Oktober 2017.

Sebelum ini agen hanya perlu memiliki lesen ke luar negara, tetapi syarat baru ini memerlukan mereka memiliki lesen khas pengendalian umrah. Lesen khas ini akan ditauliahkan selepas kursus 2 hari yang dinamakanKursus Pemantapan Pengendali Umrah (KPPU).

Selain itu hanya syarikat Sendirian Berhad sahaja yang dibenarkan beroperasi. Kegagalan memiliki 2 lesen ini boleh menyebabkan syarikat penganjur umrah didenda.

Prev PostWebe speed test - Kuantan
Next PostBagaimana Webe memudahkan hidup saya

Leave a reply