Bagaimana Webe memudahkan hidup saya

Jika anda masih belum mengenali Webe, kini masanya untuk anda berbuat demikian. Layari laman Webe di sini. Webe sebagai anak syarikat Telekom Malaysia adalah penyedia perkhidmatan mudah alih terkini di Malaysia. Ia menawarkan pakej 9,999,999Gb data, phone dan SMS tanpa had pada harga RM79 sebulan. Pakej ini mengatasi mana-mana pakej mudah alih yang ada di Malaysia, buat masa sekarang.

Apakah pengalaman terbaik anda dengan menggunakan Webe?

Bagi saya perkara-perkara yang berikut amat mengujakan:-

1. Menonton perkhidmatan streaming seperti Youtube tanpa mempedulikan berapakah data yang telah digunakan. Oleh kerana phone saya mempunyai ciri amaran bagi penggunaan data yang tinggi, saya ‘terpaksa’ menaikkan paras amaran ke 100Gb supaya saya tidak terganggu dengan amaran.

2. Menikmati data pada kelajuan 4G.

3. Saya membuat realtime backup ke Google photos, jadi setiap gambar dan video yang saya rakamkan akan di buat backup ke Google cloud pada masa yang sama. Saya tidak perlu menggunakan Wifi atau phone cable yang disambung ke PC untuk mendapatkan gambar yang dirakamkan, cukup dengan menyemak Google photos.

4. Menyemak CCTV streaming dari rumah di mana saja berada tanpa sebarang buffer dan tidak risau kehabisan data.

5. Saya membuat panggilan tanpa had ke mana saja dalam Malaysia.

Terdapat satu saja ‘kekurangan’ pada pakej Webe, iaitu tethering yang dikenakan caj tambahan. Tapi saya boleh hidup tanpa tethering, perkara ini sedikitpun tidak mengganggu.

Sekadar perkongsian.

Prev Post2 lesen untuk jadi agen umrah
Next PostWebe speed test - Dungun

Leave a reply