Adab berniaga

Ejaan saya memang betul. Adab. Kalau yang dikatakan “adat meniaga ada untung ada rugi” itu selalu kita dengar.

Adab meniaga, mestilah jaga pelanggan. Kalau yang tak jaga pelanggan, mungkin kerana beberapa perkara berikut:-

1. Perniagaan yang memang dah terlalu maju

2. Memang kurang tahu ilmu berniaga

3. Staff kurang terlatih

4. Pelanggan banyak sangat “songey”

Bercerita tentang adab berniaga, timbul persoalan kurang beradabkah seseorang peniaga kalau enggan menjual produk atau perkhidmatan kepada pelanggannya tanpa sebarang alasan munasabah?

Contohnya:-

Ali berpusing-pusing mencari kedai yang boleh memberikan perkhidmatan fotostat di sekitar Jalan Besar, Kuantan. Punyalah luas kawasan berkenaan dan banyaknya kedai, tak satu pun ada perkhidmatan berkenaan.

Akhirnya Ali terjumpa sebuah kedai buku yang memang famous di situ. Biasanya kedqi buku ada mesin fotostat, fikir beliau. Apabila masuk ke kedai buku itu, kelihatan seorang lelaki separuh umur ada di kaunter juruwang.

“Ada fotostat?”

“Ada di belakang sana, dekat itu perempuan.”

Ali pun menuju ke arah sudut yang ditunjuk sambil bertanya kepada seorang wanita yang ada di situ. Ali tak berkecil hati walaupun wanita berkenaan hanya buat muka tak tahu sebaliknya hanya berdiri di kaunter pertukaran wang. Nak kata dia pun pelanggan, tak mungkin.

Akhirnya datang seorang lelaki. Setelah menejan mesin berkenaan beberapa kali, beliau bertanya berapa keping perlu dibuat. 

“20 keping”, kata Ali.

Siap. Pekerja berkenaan serahkan 20 keping seperti yang dikehendaki dan minta Ali bayar RM8 di kaunter.

Di kaunter bayaran, lelaki separuh umur tadi masih ada di situ. RM10 bertukar tangan dan Ali dapat bakinya RM2. Tetapi Ali terperasan semua salinan IC itu ada kecacatan, sedikit sudut belakang IC tak kelihatan.

“Ini you kena buat semula”, kata Ali.

“Tak boleh. Tadi you sudah check kan.”

Haa! Tak boleh buat semula? Inilah aku tengah check la ni. Selepas dimaklumkan yang pekerjanya tak tunjuk apa pun sebagai pengesahan, lelaki di kaunter juruwang masih enggan buat salinan berkenaan semula.

“Ok kalau betul tak mahu buat semula, saya akan report pada KPDNKK”.

Selepas banyak membebel barulah juruwang memulang semula duit Ali.

“You pergi bikin lain kedai.”

Itulah lagaknya pemilik kedai buku tersohor di Kuantan. Mungkin hak beliau nak menghalau mana-mana pelanggan yang menuntut supaya perkidmatan yang diberikan adalah seperti bayaran yan dibuat.

Atau Ali yang banyak “songey”?

Prev PostApa ada pada Bitcoin?
Next PostAplikasi Maybank terbaru di Google Play Store

Leave a reply