Anda Patut Berkenalan dengan Cik Eva CIMB

EVA adalah chat bot yang disediakan oleh CIMB bagi pemegang akaunnya. Dengan EVA, pemegang akaun boleh melakukan transaksi sepertimana online banking seperti memeriksa baki akaun, membayar bil, membeli reload atau pengahntaran wang. Semaunya dapat dilakukan dengan sedikit berbeza – lebih senang.

Ini kerana EVA akan bertanya soalan dan anda akan memilih transaksi yang ingin dibuat. EVA adalah bot pintar yang tahu perjalanan sesuatu transaksi dan memudahkan pengguna. Setakat ini saya telah mencuba perkhidmatan dari EVA bagi tujuan pemindahan dana dan juga pembelian reload. Pada pendapat saya, pengalaman dengan EVA adalah lebih baik dari online banking CIMB.

EVA boleh ditemui di iOS AppStore atau Android Google Play. Carikan CIMB EVA. Selamat mencuba.

Prev PostPertukaran nombor channel Unifi TV bermula 1 March 2018
Next PostBuat rumah sewa? Jangan indah khabar dari rupa.

Leave a reply