Betul ke perokok bangang?

Bukan saya yang cakap. Tapi bila baca komen di Facebook pasal ‘perang komen’ antara bukan perokok dan perokok memang kelakar.

Dalam entry oleh Dr. Maza mufti Perlis pasal pembaziran, ada seorang follower yang komen ‘membangangkan’ perokok kerana bakar duit.

Apa lagi, komen seperti ini pantas menarik minat para perokok untuk mempertahankan diri dan juga menyerang.

Dan juga beberapa komen lagi. Marah kot.

Walaupun demikian, tak perlulah memaki hamun ya. Orang Islam semuanya kan?

Bro yang mula ‘membangangkan’ perokok itu semestinya ada pengalaman buruk deangan perokok kot. Tapi mungkin intonasi nasihat beliau patut dilembutkan.

Tapi pada pandangan saya, keadaan di atas boleh kita redo dengan situasi seperti di bawah:

“Apalah bro tu dah la tak puasa… makan kat sebelah kita pulak!”.

Bro yang tak puasa pun jawab, “Woi! Ada aku minta duit kau ke kalau aku tak puasa. Aku beli makanan ni pakai duit engkau ke?”

Muahahaha…. begitulah seadanya. Jangan marah.

Selamat berpuasa.

Prev PostJudi dalam golf (part 3)
Next PostCerita ASB lagi

Leave a reply