Cara Marketing Yang Berkesan

Sebuah bank sedang menjalankan promosi kad kredit dengan pelan terbaru merek. 5% rebate untuk pembelian minyak di semua stesen minyak. Saya tidak tahu di tempat lain, tetapi di East Coast Mall Kuantan, sebaik saja menjejak kaki ke situ maka kemungkinan besar anda akan dihampiri oleh agen pemasaran mereka. Agen ini dilatih untuk untuk menekankan tentang benefit 5% deduction dan diwar-warkan sebaik mungkin.

Apa yang menarik tentang bank ini ialah konsep marketing yang dijalankan – highlight tentang apa yang paling bagus, the killer sales point yang ada tentang sesuatu produk atau perkhidmatan. 5% penjimatan, siapa tidak mahu. Tetapi apa yang orang ramai tidak tahu ialah penjimatan 5% itu hanyalah berlangsung sehingga akhir 2008 dan maximum penjimatan sebulan sekadar RM60 sebulan. Jadi jika ada yang mula mencongak-congak belanjawan 2009 dengan mengambil kira penjimatan dari kad kredit ini, elok difikirkan semula strategi berkenaan. Tidak saya katakan bank ini menipu para pelanggan, tetapi mereka bijak mengambil kesempatan dari kegawatan dan harga minyak yang melambung untuk melariskan lagi kad kredit mereka.

Prev PostDebat Minyak
Next PostGanjaran Atlit

Leave a reply