‘Chop’ parking lot boleh kena denda RM2000

Baru-baru ini viral cerita berkenaan seorang wanita berdiri dalam kotak parking konon untuk reserve bagi kenderaan ayahnya. Inilah baru betul yang dikatakan ‘macam parking ni bapak kau yang punya’. Kemudian viral satu lagi kejadian juga seorang wanita berdiri dalam kotak parking di 1 Utama bagi menge’chop’ tempat tersebut.

Dalam artkel says.com, rupanya perbuatan ini adalah menjadi satu keselahan dari segi undang-undang.

Seksyen 50(3) Akta Pengankutan Jalan 1976, “Jika mana-mana orang, kecuali pihak berkuasa dari segi undang-undang, berada di atas jalan atau kotak letak kereta dengan hasrat menggangu orang lain dengan cara menjadi jaga atau mencuci kenderaan, atau mengalihkan orang lain dari tempat itu, maka ia adalah bersalah”.

Denda kesalahan adalah RM2000 atau 6 bulan penjara atau jika diulangi boleh didenda RM4000 atau 12 bulan penjara.

Kelakuan ini boleh dilaporkan kepada pihak JPJ dengan Whatsapp 011-5111 5252 dengan gambar kesalahan dilakukan. Laporan boleh juga dibuat dengan menelefon 03-8886-6412 atau email ke aduantrafik@jpj.gov.my …. wow! Saya tahu apa nak dibuat selepas ni 😉

Prev PostHarga Emas Semasa Malaysia
Next Post10 channel paling best di Unifi PlayTV

Leave a reply