Di Pos Malaysia pun ada Western Union

Minggu lepas saya cuba ke Bank Rakyat Kuantan untuk urusan Western Union, tetapi juruwang maklumkan sistem tergendala. Saya cuba lagi hari semalam, tapi jawapan masih sama. Beliau beritahu boleh buat urusan di pejabat pos sebagai alternatif.

Saya terus ke pejabat pos, rupanya perkhidmatan di sini lebih cekap. Pelanggan tak terlalu ramai, sebab ramai dah ke UTC (Urban Transformation Center). Saya tak perlu tunggu lama, dan perkhidmatan di kaunter juga terbaik dengan keramahan dan mesranya. Wah!

Sempat juga ambil info tentang Setemku, perkhidmatan membuat setem menggunakan gambar sendiri. Hebat tu. Boleh guna untuk hantar kad raya nanti.

Prev PostBerapa anda mampu pinjam untuk beli kereta?
Next PostUTC Kuantan

Leave a reply