Gejala Rempit & Jalan Penyelesaian

Kupasan beberapa hari berturut-turut di stesen TV dan akhbar tentang penyakit masyarakat a.k.a gejala rempit membikin hati sesiapa saja jadi tak tenang. Sampai bila pihak berkuasa yang sepatutnya jadi pelindung orang awam di Malaysia harus dipermain-mainkan oleh golongan seperti ini. Abang polis yang umurnya sebaya bapak kepada Mat Rempit itu sendiri terkial-kial ditepi jalan cuba menangkap dan membahayakan keselamatan mereka. Sedangkan golongan merempit ini semakin berani dan tidak langsung menghormati keselamatan orang lain.

Sampai bila nak jadi DUNGU macam ini? Sampai bila nak gunakan pendekatan yang tidak efektif ini?

Mungkin sekarang adalah masa untuk bertindak dengan lebih berani dan bertanggungjawab. Kerajaan sebagai penggubal undang-undang harus melihat perkara ini dari kaca mata rakyat itu sendiri. Rakyat sudah lama hidup dalam ketakutan oleh kerana bahaya yang timbul dari golongan Mat Rempit.

Undang-undang yang lebih ketat perlu digubal. Kuasa yang lebih luas perlu diberikan kepada anggota keselamatan. Risiko kewujudan golongan Mat Rempit ini sudah sampai ketahap membahayakan nyawa orang ramai dan menimbulkan kebimbangan kepada banyak pihak. Polis perlu diberi kuasa untuk bertindak dengan lebih berani. Sekatan jalan raya dan cara ala-ala menangkap ayam yang digunakan oleh pihak polis sudah tidak lagi berkesan, malah ia membahayakan pasukan keselamatan kita. Kaedah pencegahan lebih drastik diperlukan. Pihak polis perlu diberi kuasa untuk menembak mereka yang membahayakan dan menggangu tugas polis. Dalam mana-mana sekatan jalan raya, pilihan menembak mereka yang cuba melarikan diri harus diberikan kepada pihak keselamatan.

Kejam kah? Saya tidak rasa begitu. Ia akan jadi kejam kalau tembakan dibuat sesuka hati. Tetapi jika tembakan dilepaskan dalam usaha mempertahankan diri dan menghalang ‘penjenayah’ melarikan diri, ia tidak kejam malah lebih mulia.

Kita sudah bosan dengan ketakutan yang ditimbulkan oleh golongan ini. Masanya telah tiba untuk bertindak dengan lebih berani. Cegah sebelum parah.

Prev PostBullionVault - Problem with Funding Process
Next PostJujur

2 Comments

Leave a reply