Hadis palsu menjelang musim perayaan – ucapan selamat

Ada rakan yang hantar message ini di whatsapp:

Muslim & Christian..

Christian»: Kenapa kau tidak mengucapkan Selamat Hari Krismas padaku?
Muslim»: Agama kami menghargai toleransi antara agama, termasuk agamamu tapi masalah ini, agama saya melarangnya..
Christian »: Tapi kenapa, bukankah hanya sekadar kata-kata? Teman muslimku yg lain, mengucapkannya kpd aku..?
Muslim »: Mungkin mereka belum mengetahuinya..
David, kau boleh mengucapkan dua kalimah syahadah, dlm bahasa melayu pun tak mengapa?
Christian »: Oh tidak, saya tidak boleh mengucapkannya. Itu akan mengganggu kepercayaan saya selama ini..
Muslim »: Kenapa? Bukankah hanya kata-kata? Ayuh, ucapkanlah
Christian» : Sekarang……… saya mengerti…
Jadi Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru krna ada dlm Hadith Nabi:
“Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya”
(HR.Bukhari Muslim)
❗sebarkan sebelum terlambat.. Menghuraikan bahawa orang Islam tidak boleh meniru perbuatan yg bertentangan dgn Islam oleh kaum bukan muslim….
ANDA PASTI TERKEJUT -sapa yg suka ckp merry christmas baca ni…..PERHATIAN3X…..Penting..!!!
Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya, HARAM bagi seseorang umat Islam untuk ucap Merry Christmas..ini kerana ia bermaksud Sejahtera Keatas Tuhan Jesus (NAUZUBILAH !! ) Sebarkanlah perkara ini, berdosa kita jika tak sampaikan benda yang hak (NAUZUBILLAH !! )
мσнση dι ѕєвαrкη..ѕυραуα υмт ιѕℓαм χ мudαн тErpєsσηg.

Apa yang menarik perhatian saya ialah berkenaan “hadis”:

“Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya”
(HR.Bukhari Muslim)

Bunyinya macam pelik. Jadi saya buat carian sikit, jumpa link dari orang lain yang dah pun menulis tentang hal hadis palsu ini:

http://al-fikrah.net/index.php?option=com_kunena&func=view&catid=16&id=30019&Itemid=205
http://zamani84.blogspot.com/2012/12/kekeliruan-di-facebook-hadis-palsu.html
http://haseoas.blogspot.com/2012/12/hadis-palsu-please-serius.html
http://sisjaat.blogspot.com/2012/12/tak-blh-ucap-selamat-kpd-perayaan-agama.html

Jom kita jalankan tanggungjawab semua. Hentikan hadis palsu.

Berbalik kepada kes mengucapkan selamat kepada rakan berlainan agama, fatwa kebangsaan menyatakan harus. Ikuti lebih lanjut di sini.

Quote sikit:

Apa jua amalan atau perlakuan orang Islam dalam hal-hal yang berkaitan dengan perayaan orang bukan Islam sekiranya melibatkan akidah atau iktikad seperti mengiktiraf agama bukan Islam atau menganggap semua agama adalah sama, maka ia ditegah oleh Islam.

Walaubagaimanapun sekiranya amalan atau perlakuan tersebut hanya atas dasar kemasyarakatan atau hubungan sosial antara Islam dan bukan Islam untuk tujuan perpaduan, maka ia dibenarkan oleh Islam.

Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mail atau sistem pesanan ringkas (sms) dan sebagainya kepada orang bukan Islam sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Islam serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.

Prev PostUbuntu change & show local time
Next PostASB, Halal & Haram

3 Comments

  • fahri

    December 26, 2016 at 2:12 am

    Assalamualaikum.. post 2014 tp skarang 2016 sy masih mendapat msj yang sama berkaitan ucapan salam kepada agama lain.. mungkin perkara ini masih kurang diketahui umum atau mereka hanya copy paste dan forward tampa melihat asal usul sumber maklumat tersebut.. ramai dikalangan pengguna media sosial sekarang kurang ambil tahu hal ini dan hanya mengangap sesuatu yang kelihatan baik itu elok disebarkan sedangkan ianya sebenarnya palsu.. wallahualam

    svgReply
    • Abdul Haiyi Hassan

      December 10, 2017 at 10:42 am

      Assalamualaikum tahun ni tahun 2017.. Saya masih dpt lagi text dgn hadis palsu tersebut..

      svgReply
      • Basri MY

        December 23, 2017 at 12:02 am

        Tak mustahil tahun-tahun akan datang ia masih wujud dan masih diviralkan.

        svgReply

Leave a reply