Ibrahim, Ismail & Ishak

Asalnya baaan saya berkenaan Tasik Galilee yang dikatakan akan menjadi kering menjelang kiamat dan ditakuti oleh kaum Yahudi. Dari situ terdapat hadis yang menyebut tentang sahabat Nabi iaitu Tamim Al Dari. Bacaan saya tentang Tamim Al Dari membawa kepada kisah Yakjud dan Makjud atau Gog dan Magog.

Seterusnya lanjut kepada sejarah peradaban mausia di sini, dan saya tertarik dengan tahun 1200 BCE yang mana dikatakan Nabi Musa mengetuai kaumnya keluar dari Mesir. Kisah Nabi Musa dan Firaun ini memang terkenal semasa dikejar di Laut Merah.

Kaum Nabi Musa ini dikatakan sebagai bangsa Hebrew iaitu nenek moyang kepada bangsa Israel. Seterusnya ia membawa kepada kisah Nabi Daud yang dikatakan melawan dan membunuh Jalut (Goliath).

Ia membawa kepada sejarah negara Israel, yang mana perang yang berlaku antara Israel dan Palestine adalah perang saudara perebutan tinggalan sejarah. Nabi Ibrahim beristeri dua, melalui Hajar isteri kedua melahirkan Ismail iaitu bapa kaum Arab, dan melalui Sarah melahirkan Ishak iaitu asal keturunan Yahudi. Ismail dilahirkan di Mekah manakala Ishak di Palestine. Lihat senarai Nabi dalam sejarah Islam dan tempat lahir di sini. Baca juga tentang pengembaraan Nabi Ibrahim ke Canaan atau sekarang dikenali sebagai Palestine. Nama Israel adalah dari cucu Nabi Ibrahim iaitu Yaakub alias Israel. Bacaan di sini. Jadinya Palestine itu diwarisi dari Nabi Ishak kepada Nabi Yaakub dan seterusnya.

Mengikut sejarah Palestine, kawasan ini didiami oleh pelbagai bangsa. Melewati ke zaman moden, berlaku penjajahan demi penjajahan di bumi Palestine menyebabkan penduduknya bertaburan ke kawasan lain. 1947 UN mencadangkan penubuhan negara Israel dan Arab Palestine. Masyarakat Arab menolak pembahagian Palestine tetapi Israel telah mengumumkan penubuhan negara merdeka Israel dalam tahun 1948. Dalam peperangan selepas itu Israel telah menakluk lebih banyak tanah berbanding apa yang dicadangkan. Peperangan seterusnya menyaksikan lebih ramai kaum Yahudi dari negara Arab pulang ke Palestine. 2005 Israel keluar dari Gaza dan Hamas menang pilihanraya untuk menerajui Gaza.

Prev PostBC/AC, BCE/CE dan sejarah Islam
Next PostSejarah bumi dan manusia pertama

Leave a reply